SELEPAS tiga bulan melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Tash Yong teruja berkongsi pengalaman manis saat menguruskan anak sulungnya itu. Kata Tash Yong atau nama sebenarnya Nur Natasha Shazila Rosli, 34, kehidupannya kini berubah sepenuhnya dan mengakui bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu. Namun aktres ini bersyukur kerana suaminya iaitu Boss Kay atau Azlee Abd Aziz banyak membantu dalam menguruskan hal anak. "Sambil menulis ini saya tersenyum kerana pengalaman menjadi ibu ini sangat indah bagi saya. Tash bersyukur Bosskay (kanan) banyak membantu menguruskan anak. "Sekarang tidur malam tidak lena macam dulu, asyik terjaga sahaja sebab nak layan anak tapi bila tengok senyuman dia aduh saya cair. "Ya kehidupan sebagai ibu sangat mencabar tetapi ia sangat berbaloi. Alhamdulillah suami pun selalu ada untuk membantu. Terima kasih suami," katanya. Tash berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Tash Yong turut berkongsi pengalaman pertama kali membawa anak mereka iaitu Kay Aydeen mengunjungi pusat membeli-belah. Cerita Tash, dia kini mengambil masa selama lima jam untuk bersiap kerana menyedari bukan mudah untuk keluar bersama bayi yang masih kecil. ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh tak jaga perasaan bekas isteri suami, Tash Yong ada hak tayang kebahagiaan ARTIKEL BERKAITAN: Tash Yong selamat bersalin bayi lelaki, Boss Kay paling teruja dapat teman isteri sepanjang proses kelahiran "Fuh, agak mencabar juga ya bila nak keluar bawa bayi ni. Okay saya ada cerita nak disampaikan. Tak tahulah kenapa sekarang saya teruja sangat nak keluar berjalan bawa budak comel (anak) ni. "Sebelum ada anak, saya hanya mengambil beberapa jam untuk bersiap tetapi sekarang lima jam. Baru nak pilih baju dia (anak) menangis, baru lukis kening sebelah dia menangis, baru nak kering rambut dia menangis. "Selepas suami habis kerja nasiblah dia tolong siapkan bahagian susu dan saya pula kemaskan bahagian baju dan lampin," ujarnya. Pelakon drama Awak Sangat Nakal ini berkata dia turut mengambil peluang merakamkan foto bersama suami dan anak kerana tidak mahu melepaskan momen bahagia itu. "Dah sampai pusat membeli-belah, makan dulu. Masa ni anak tidur lena dapatlah makan dengan tenang dengan suami. Tak sampai lima minit dia (anak) celik mata. Tash dan Bosskay bernikah pada 8 April 2023. "Tiba-tiba teringat nak ambil gambar kenangan... selalunya apabila uruskan anak, saya dah tak teringat nak pegang telefon. "Jadi ambil la gambar mana yang sempat. Ya anak saya memang senang dijaga tapi cerewet sikit. Kalau kita dapat penuhi kehendak dia, dia okay sahaja," katanya. Untuk rekod, Tash mendirikan rumah tangga dengan Bosskay pada 8 April 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 15 Julai lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!