suria

Kereta tiba-tiba masuk laluan bertentangan, Khadijah Ibrahim cerita punca kemalangan di Sabah

Khadijah memberitahu dia kini berada dalam keadaan baik dan tiada kecederaan serius.

PENYANYI Datuk Khadijah Ibrahim memaklumkan dia kini berada dalam keadaan baik selepas terlibat kemalangan jalan raya di Beaufort, Sabah pada petang Isnin.

Bersyukur tiada sebarang kecederaan serius, Khadijah, 64, bagaimanapun memberitahu dia akan melakukan pemeriksaan lanjut di hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan terkini kesihatannya itu.

"Saya okay, tak ada apa yang serius. Ada sakit sikit-sikit saja macam kepala, bahu dan leher sajalah.

"Semua yang ada dalam kenderaan pun selamat dan tiada kecederaan serius.

Copy of Untitled - 2024-10-01T105046.843

Khadijah turut bersimpati dengan nasib pemandu Avanza berkenaan.

"Saya hari ini baru nak ke hospital untuk buat X-ray atau apa yang patut. Kadang-kadang perkara sebegini, kita tak tahu macam-macam boleh jadi," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Sebelum ini, kereta pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipandu Khadijah dilaporkan terlibat dalam pertembungan dengan Avanza sewaktu dalam perjalanan dari Brunei ke Kota Kinabalu.

Mengulas punca kejadian tersebut, Khadijah berkata ia berlaku disebabkan kenderaan dari arah bertentangan tiba-tiba memasuki lorongnya sehingga menyebabkan pertembungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Khadijah Ibrahim kemalangan di Sabah, alami kecederaan ringan

ARTIKEL BERKAITAN: Shidee masih pening-pening dan sakit badan selepas kemalangan skuter, batuk berdarah mungkin sebab luka dalam mulut

Meskipun kemalangan itu disebabkan kelalaian pihak lain, Khadijah tetap cuba menyelesaikan secara baik kerana bersimpati dengan nasib pemandu Avanza berkenaan.

"Saya dari Brunei baru habis buat promosi untuk konsert, jadi kami nak berhenti ke beberapa tempat termasuklah Kota Kinabalu.

"Hari pun bukannya malam. Saya pandu kereta di lorong yang betul tapi kereta itu tak perasan dia dah tiba-tiba masuk ke lorong kami. Itulah sebab pertembungan.

Kereta itu mungkin tak perasan dia dah tiba-tiba masuk ke lorong kami, itulah sebab pertembungan.

KHADIJAH IBRAHIM

PENYANYI

"Saya dengan pihak satu lagi pun dah selesaikan cara baik, saya pun bersimpati dengan keadaan dia yang kurang sihat masa itu. Bagi saya benda pun dah berlaku, tak boleh buat apa," jelasnya.

Dalam pada itu, Khadijah berkata kemalangan yang berlaku itu sama sekali tidak menganggu jadualnya untuk meneruskan tugas seperti biasa.

Tambah penyanyi itu, fokus utamanya adalah untuk promosikan Konsert Amal Legends di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang akan diadakan pada 1 November depan.

Copy of Untitled - 2024-10-01T105102.213

Khadijah bersama semua penumpang selamat selepas kejadian.

"Saya okay saja dan boleh terus berkerja seperti biasa sebab konsert ini sangat mustahak untuk saya.

"Walaupun terlibat dalam kemalangan ia tidak patahkan semangat saya untuk teruskan jayakan konsert dan tugas-tugas saya yang lain.

"Saya berkerja keras untuk kumpul dana bagi konsert bersama artis-artis Sabah. Saya tak boleh lemah semangat hanya disebabkan kemalangan itu," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia