suria

Wajah kacuk susah masuk ‘market’ Melayu, Lorenzo Irmann sanggup ubah penampilan

Lorenzo yakin ada ruang untuk dia terus bertahan dalam dunia lakonan.

MEMILIKI wajah kacukan Melayu-Itali, pelakon Lorenzo Irmann akur sekiranya ramai dalam kalangan produser dan pengarah bersikap skeptikal dalam memberi tawaran kerja.

Namun Lorenzo atau Lorenzo Irmann Farhan @ Caddeo Paolo, 20, enggan menjadikan hal itu sebagai alasan untuk duduk di zon selesa dan hanya berpegang pada satu watak sahaja.

Baginya sebagai seorang anak seni, dia terbuka untuk mencuba pelbagai karakter sekaligus mencabar diri menghidupkan jalan cerita berbeza.

lorenzo 3

Lorenzo kerap diberi watak yang sama.

"Dah ramai orang cakap dengan wajah begini mungkin sukar untuk bawa watak berbeza seperti jejaka kampung. Dalam drama sebelum ini pun watak sama namun hanya karakter berubah,

"Saya mahu mencuba sesuatu yang baru dan mencabar diri sendiri. Kalau sama sahaja, cabang dalam industri ini akan seperti itu juga.

"Jika ada ruang dan peluang saya sedia untuk mencuba. Saya sanggup buat apa sahaja. Kalau perlu gelapkan wajah pun saya boleh buat untuk cuba watak berbeza," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat cari rezeki halal, Lorenzo Irmann tolak godaan di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Aktif berborak di TikTok, followers sedar jejaka mix Melayu-Itali ini ada persamaan dengan Syamsul Yusof - “Rasa kelakar bila ramai tak percaya”

Dalam masa sama, dia percaya dengan menggunakan nama sebenar bukanlah satu masalah besar untuk lebih dikenali dalam kalangan peminat drama Melayu.

Malah tidak pernah terlintas dia menukar nama pentas kerana menanggap ia adalah keunikan dalam diri sendiri.

"Mungkin nama juga memainkan peranan, tetapi bagi saya ia bukan punca utama seorang pelakon dapat diterima baik. Rasanya saya seorang saya nama Lorenzo dalam industri seni di Malaysia ini.

lorenzo 2

Nama Lorenzo kini semakin mendapat perhatian.

"Semuanya berbalik pada diri sendiri. Penonton akan dapat melihat bakat seseorang dan bukan hanya pada sama sahaja. Jadi tak terfikir pun nak menukar nama pentas," ujarnya.

Terbaharu Lorenzo diberi peranan sebagai watak Rayyan dalam drama berjudul Ternyata Sebuah Bahagia yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro Ria.

Sekali lagi dia membawa peranan sebagai anak kepada seorang usahawan kaya yang memberontak gara-gara konflik keluarga.

"Tak pelik pun dengan watak tersebut kerana ia terjadi dalam masyarakat kita sekarang. Dalam drama ini ada plot-twist, jadi kena melihat pengajaran dan ambil iktibar dari kisah seorang anak seperti Rayyan," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia