suria

Khadijah Ibrahim kemalangan di Sabah, alami kecederaan ringan

Khadijah mengalami kemalangan dalam perjalanan dari Brunei ke Kota Kinabalu.

PENYANYI Datuk Khadijah Ibrahim dilaporkan mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan dari Brunei ke Kota Kinabalu, Sabah pada petang Selasa.

BH melaporkan, kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki penyanyi berkenaan bertembung dengan Avanza di Taman Kinamas, Jalan Beaufort.

Dalam pada itu, Khadijah dipercayai hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan kerana memandu kenderaan tersebut.

khaty - 1

Kereta yang dipandu Khadijah terbabas di Jalan Beaufort.

Selain Khadijah, dua lagi penumpang lain iaitu Baharuddin Hassan, 70 dan Kharnita Adrianti Aminudin, 40, dilaporkan turut mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Mohd Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.29 petang dan seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi kemalangan.

Menurut Hasbullah, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Beaufort untuk mendapatkan rawatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Khadijah Ibrahim mahu keluarganya selesaikan isu cucu cabul sepupu tanpa babit orang luar

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 45 tahun Khadijah Ibrahim tetap ‘maintain’, ada rahsia kekalkan nama dalam industri

"Selepas tiba, Komander Operasi melaporkan kemalangan membabitkan dua buah kenderaan, iaitu kereta Toyota Hilux bertembung dengan kereta Toyota Avanza.

"Terdapat lima orang mangsa terlibat dan berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan Pasukan Bomba di lokasi kejadian.

"Dua mangsa di dalam kenderaan Toyota Avanza dan tiga orang mangsa dalam kenderaan Toyota Hilux dihantar ke Hospital Beaufort oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain