suria

Guna foto Maryam menangis, fitnah rumah tangga bermasalah... Ryzal Ibrahim tegur peniaga ‘pancing’ pembaca tekan link

Ryzal bengang dengan tindakan peniaga atas talian memfitnah rumah tangganya bergolak.

PERSONALITI media sosial, Ryzal Ibrahim menegur tindakan peniaga atas talian yang tergamak menyebar fitnah mengenai rumah tangganya demi melariskan produk jualan mereka.

Memandang serius tindakan tidak bertanggungjawab itu, Ryzal atau Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 32, mengakui bimbang fitnah berkenaan boleh menjejaskan namanya dan isteri.

"Awak berniaga Shopee sekalipun jangan sampai fitnah rumah tangga orang sebagai modal untuk tarik pembeli.

Copy of Untitled - 2024-09-30T113934.193

Ryzal meluahkan rasa kecewa menerusi hantaran di InstaStory.

"Sesetengah orang mungkin tak tekan link itu tapi kebanyakkan akan baca tajuk dan buat andaian sendiri," katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Isnin.

Berserta kapsyen berkenaan, Ryzal turut memuat naik tangkap layar berita bertajuk 'Maryam menangis, rupanya sudah setahun pendam. Ini yang berlaku antara dia dan suaminya'.

Paparan berita itu memaparkan wajah isteri kepada Ryzal iaitu Maryam You NaRae sedang menangis.

Tajuk sensasi dan gambar yang ditunjukkan itu sekaligus meyakinkan pembaca untuk menekan pautan disediakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah sampai Makkah tapi cuma dapat beli perfume, Ryzal Ibrahim kecewa tak sempat tunai umrah

ARTIKEL BERKAITAN: Maryam tak perasan suara Ryzal dalam video, sudah tegur lawak ‘double meaning’

Dalam pada itu, Ryzal mengingatkan semua pihak terutamanya peniaga atas talian agar menjalankan perniagaan secara beretika dan jujur.

Jelasnya, tindakan menarik pembaca dengan cara berkenaan salah dan boleh mengundang dosa.

"Kalau pun kandungan berita itu benar, maka awak dah dapat dosa mengumpat dan kalau tak dapat dosa fitnah," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia