suria

Dah 7 tahun kontroversi cerai berlalu tapi Hafiz Hamidun tak fobia untuk kahwin lagi

Hafiz tidak mahu terlalu bercakap tentang soal jodoh.

SELEPAS tujuh tahun hidup menduda, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun berkata dia tidak pernah berasa fobia untuk mendirikan rumah tangga lagi.

Hafiz atau Mohammad Hafiz Hamidun, 40, berkata dia tidak mahu lagi memikirkan tentang perkara yang sudah berlalu dan meluahkan rasa gembira melihat bekas isterinya iaitu usahawan Joy Revfa kini sudah berkahwin baharu.

"Nak kata saya fobia untuk berkahwin tidak juga tetapi orang masih menganggap seperti penceraian saya itu baru sahaja terjadi, sedangkan ia sudah tujuh tahun berlalu.

hafiz1 - 1

Hafiz mahu memberikan fokus terhadap kerjaya nyanyian.

"Sudah tujuh tahun saya dikejar oleh wartawan untuk bertanyakan tentang penceraian ini. Waktu itu berat badan saya daripada 58 kilogram jadi 50 kilogram.

"Walaupun sudah tujuh tahun, Alhamdulillah saya lihat Joy pun sudah berumah tangga semula jadi saya harap tidak ada lagi isu," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Hafiz berkata dia tidak mahu terlalu bercakap soal jodoh kerana menyerahkan urusan tersebut kepada Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih wanita Indonesia meninggal dunia akibat Covid-19, Hafiz Hamidun belum putus asa cari jodoh

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya tarik 1,000 penonton di Terengganu, Hafiz Hamidun mahu anjur Konsert Zikir Dikir di Lembah Klang

Kongsi penyanyi lagu Jodoh Berdua ini, buat masa sekarang dia hanya mahu memberikan fokus terhadap kerjaya seninya.

"Ramai yang bertanya bila saya nak menamatkan zaman solo. Bagi saya, saya tidak mahu banyak terlalu bercakap tentang soal jodoh kerana bimbang perkara tak jadi.

"Saya tidak mahu kata tidak atau mengiyakan buat masa sekarang. Saya hanya menerima (jodoh) pada waktu yang sesuai.

Walaupun sudah tujuh tahun, Alhamdulillah saya lihat Joy pun sudah berumah tangga semula.

HAFIZ HAMIDUN

PENYANYI/KOMPOSER

"Insya-Allah buat masa ini saya memang berikan fokus sepenuhnya untuk kerjaya saya. Saya ada projek album, konsert... jadi fasal jodoh tu insya-Allah. Saya tidak ada kemana-mana, saya tidak lari pun (bercakap soal jodoh)," ujarnya.

Untuk rekod, Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Joy atau Siti Arifah Mohd Amin pada 1 Mei 2017.

Hubungan mereka bagaimanapun hanya bertahan selama lima bulan selepas Hafiz meragui status cerai bekas isterinya itu dengan suami terdahulu.

hafiz2 - 1

Hafiz (tengah) bersama Rabbani dan Mawi bakal muncul dalam Konsert 5 Rukun 2.0 (Perjuanganmu).

Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal muncul dengan Konsert 5 Rukun 2.0 (Perjuanganmu) yang turut menghimpunkan empat lagi artis terkenal termasuk Rabbani, Mawi, Khai Bahar dan Inteam.

Dianjurkan serta diterbitkan Mac Traning Centre Sdn Bhd, Konsert 5 Rukun 2.0 yang mendapat sokongan Persatuan Cinta Gaza Malaysia adalah kesinambungan daripada Konsert 5 Rukun yang diadakan tahun lalu.

Bakal berlangsung di RCD Big Studio, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 2 November 2024, pukul 8 malam, Konsert 5 Rukun 2.0 (Perjuanganmu) ini menerapkan konsep sejarah perjuangan Rasullah SAW, pemimpin Islam serta kita sebagai khalifah di bumi ini dalam menyampaikan serta menegakkan syiar Islam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia