suria

Mas Khan tak tipu bau getah sekerap memang busuk, tiada niat hina mana-mana pihak

Reaksi spontan Mas Khan menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

REAKSI bersahaja pelakon Mas Khan ketika pertama kali menghidu bau getah asli mengundang pelbagai reaksi netizen yang kurang senang dengan tindakannya itu.

Menyedari komen negatif diterima, Mas Khan atau Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 30, menegaskan dia sama sekali tidak berniat mahu menghina tumbuhan berkenaan.

Apatah lagi membuatkan golongan penoreh getah merasa kecil hati kerana itu merupakan sumber rezeki mereka.

mas khan 2

Mas Khan akui tiada niat untuk menghina orang lain.

"Saya tiada niat untuk menghina mana-mana pihak. Saya dibesarkan di Taman Melawati (Kuala Lumpur) dan kawasan itu memang tiada pokok getah.

"Saya tahu itu pokok getah tapi seumur hidup ini kali pertama mencelup getah dan bau tersebut.

"Baunya memang busuk. Tak mungkin saya nak berbohong tentang itu," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis tunang meriah dan mewah, nikah 25.5.2025... Pramugari bakal isteri Mas Khan

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Khan hilang sabar dituduh kaki pukul perempuan, sudah kumpul bukti fitnah terhadapnya - “Sediakan peguam, jumpa di mahkamah”

Sebelum itu, Mas Khan berkongsi video dia mencelupkan tangannya ke dalam mangkuk yang mengandungi getah hasil selepas ditoreh.

Video tersebut dirakamkan di sebuah kawasan kebun berhampiran tanah resort milik bapanya yang terletak di Perak.

Dia kemudian menghidu bau getah tersebut dan hampir muntah kerana aroma yang tidak biasa dihidu itu.

mas khan 3

Mas Khan mohon maaf kepada mana-mana pihak yang berkecil hati.

Susulan itu ada yang menganggap pelakon ini keterlaluan dan tidak pernah merasakan hidup susah.

Dalam pada itu, Mas Khan turut menyatakan permohonan maaf sekiranya tindakan itu mengundang rasa kurang senang orang ramai.

"Saya minta maaf sekiranya ada pihak yang terasa dengan kenyataan saya.

"Saya dibesarkan dalam suasana yang berbeza, dan ini bukan isu tentang kaya atau miskin," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain