suria

[V] Kisah peribadi jadi bahan jenaka, Puteri Sarah okay saja... Paling penting kekal cantik di atas pentas

PELAKON Puteri Sarah Liyana tidak berkecil hati apabila kisah peribadinya dijadikan bahan jenaka oleh rakan pasukan sendiri ketika tampil membuat persembahan di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).

Bagi Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, apa yang persembahkan itu tidak berlebihan sehingga menimbulkan sensitiviti mana-mana pihak.

"Rasanya ia tidak berlebihan. Saya okay sahaja sebab ia lawak dan buat orang ketawa.

sarah 33

Puteri Sarah bersama Mamak Puteh (kiri) dan Ilham dalam kumpulan Gebu.

"Ibu mentua (Datin Patimah) yang datang pun tergelak ketika itu. Kami dalam pasukan pun sudah diberitahu," katanya.

Puteri Sarah berkongsi perkara itu ketika hadir memeriahkan program Zumba Bersama Abby Abadi anjuran Inayah Beauty di The iSpace, Petaling Jaya pada pagi Sabtu.

Pelakon itu bersama dua pelawak Mamak Puteh dan Ilham Abata bergabung dalam kumpulan Gebu menerusi progam MLS4 yang bersiaran setiap Jumaat di saluran Astro Warna.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah antara peserta Muzikal Lawak Superstar 4, Anna Jobling pula duduk di kerusi juri

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Penceraian Syamsul Yusof bukan tanda ‘kemenangan’... Puteri Sarah sudah lupakan kisah lama

Pada minggu pertama program tersebut, Mamak Puteh dan Ilham secara spontan menyebut Puteri Sarah seorang yang tegas dan sering terlibat dengan kes mahkamah.

Gurauan itu disambut meriah oleh penonton termasuk Patimah yang hadir memberikan sokongan.

Mula selesa beraksi di pentas komedi, Puteri Sarah menganggap ia merupakan satu platform untuk dia menyerlahkan sisi berbeza dalam dirinya.

Menjadi pelawak bukan senang sebab perlu kreatif dan spontan

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

“Tak perlu nak perbodohkan diri untuk buat lawak. Saya dah cakap nak kekal cantik tetapi kekalkan karakter kelakar.

"Terhibur juga apabila terlibat dalam program sebegini. Saya mahu tunjukkan sisi berbeza sebagai pelakon," ujarnya.

Bagaimanapun akuinya tugas sebagai seorang pelawak bukan sesuatu yang mudah.

sarah 1

Puteri Sarah cabar diri sertai program muzikal lawak.

Puteri Sarah juga memberitahu mahu mencuba tampil dengan watak komedi lebih banyak selepas ini.

"Menjadi pelawak bukan senang sebab perlu kreatif dan spontan. Berbeza dengan pelakon yang sudah ada skrip.

"Mungkin lepas ini saya boleh buat lebih banyak cerita komedi sebab tidak stress dan banyak ketawa,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain