suria

‘Meletup’ sebab dah tak tahan, dengki punca ada pihak cuba jatuhkan Elly Mazlein - “Jangan bodohkan diri kita”

Elly kini lebih lantang bersuara.

PENYANYI dan pengacara Elly Mazlein bertindak memuat naik luahan secara terbuka di media sosial disebabkan sudah tidak tahan dengan sikap segelintir pihak cuba merendah-rendahkan dirinya.

Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, berkata, dia tidak akan lantang bersuara sekiranya tiada pihak cuba ‘mengusik’ atau bercakap buruk tentangnya.

“Kadang-kadang kalau kita baik sangat orang alan pijak sampai lumat. Sekarang saya tak mahu macam itu lagi. Siapa usik, saya akan usik balik!

elly 5

Elly tidak mahu lagi diperkecilkan.

“Saya tak suka ambil tahu fasal orang tapi yang ‘sehelai dua’ ini sibuk fasal saya. Tertanya-tanya juga apa hebatnya saya sampai susah nak keluar daripada otak dia.

“Saya akan kekal jadi nombor satu walau pelbagai usik-mengusik,” katanya.

Elly berkongsi perkara tersebut dalam beberapa hantaran video di Instastory miliknya pada Sabtu selepas berkongsi rakaman Jihan Muse dan Haziq Hussni yang dianggap sebagai memerli dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video Jihan Muse dan Haziq, Elly Mazlein perli pengacara suka ‘bahan’ orang di atas pentas - “Daripada lawak berulang main nama bapa”

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein dedah sebab undur diri ASGV, pilih tenang dan bahagia - “Beri laluan orang is shaking buat kerja”

Jelasnya, apa diperkatakan itu juga adalah berpunca daripada sikap dengki seseorang yang cuba menjatuhkan dia sebelum ini.

"Segalanya berpunca fasal rezeki sebab rezeki nak dengki. Rezeki ini tak payah nak kalut sebab Allah sudah ditentukan untuk semua orang.

"Sentiasa bersangka baik. Malu kalau fasal rezeki nak dengki. Bidang kita ini bukan besar," ujarnya.

elly 3

Luahan Elly di sosial media.

Dia juga turut menggelarkan pihak terbabit sebagai bodoh kerana sanggup melakukan perbuatan khianat sesama rakan sekerja.

"Itu bodoh yang sangat lembut. Kita guna bahasa lembut.

"Jangan bodohkan diri kita dek kerana dengki. Bodoh biar sikit sebab nanti nampak buruk. Akhir kata pilihlah kebahagiaan, jangan pilih bodoh," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain