suria

Tiada istilah jaga imej, Kenji Sawahi terima pelbagai watak tapi tegas bab bayaran

Pengalaman luas dalam dunia seni membuatkan Kenji terbuka menerima pelbagai watak.

SEBAGAI seorang pelakon yang sudah lebih 40 tahun terlibat dalam dunia seni, Kenji Sawahi ada cara tersendiri untuk terus kekal bertahan.

Bagi Kenji, 61, seorang pelakon seharusnya terbuka menerima pelbagai tawaran dan tidak hanya terikat dengan satu watak demi menjaga imej atau penampilan.

Menurutnya pelakon adalah orang yang bertanggungjawb menghidupkan setiap watak bagi memberi impak kepada jalan cerita.

kenji 3

Kenji sedia galas pelbagai watak dalam lakonan.

"Bagi saya pelakon tak boleh nak cipta imej mereka sendiri. Sebagai pelakon kita ini 'kosong' dan berlakon mengikut watak dalam skrip.

"Ada sesetengah pelakon contohnya tidak mahu mengambil watak sebagai ibu kerana mahu menjaga imej. Itu tidak boleh. Saya sendiri tidak bentuk imej tertentu sebagai pelakon.

"Seronok apabila diberi pelbagai watak kerana itu adalah satu cabaran," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekal bujang pada usia 61 tahun, Kenji Sawahi cadang masuk rumah orang tua... Enggan jadi beban keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kenji Sawahi sedang dalami Islam, berguru dengan ‘Pak Haji’... “Kalau Tuhan izinkan”

Terbaharu Kenji tampil dengan watak sebagai seorang usahawan berjaya dalam drama terbaharu berjudul Ternyata Sebuah Bahagia yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro Ria.

Dalam pada itu, pelakon ini juga tegas dalam soal bayaran agar tidak ada pihak produksi cuba mengambil kesempatan atas pelakon senior sepertinya.

"Selain berlakon saya juga seorang pengarah. Kalaulah orang lama seperti saya dibayar RM300 sehari, ini boleh merosakkan industri.

Saya sendiri tidak bentuk imej tertentu sebagai pelakon

KENJI SAWAHI

PELAKON

“Bagi saya lebih baik tidak berlakon daripada dibayar rendah, mungkin itu bukan rezeki saya.

"Saya kena menjaga tahap bayaran untuk kekal lebih lama. Orang lama seperti saya ini lebih banyak pengalaman dan boleh bawa pelbagai watak," ujarnya.

Bercakap lanjut Kenji juga menasihati produksi agar lebih peka dan mengenali pelakon senior sebelum membuat tawaran.

kenji 2

Kenji tiada kompromi apabila ditawarkan harga terlalu rendah dalam berlakon.

"Orang muda sekarang bijak teknologi, jadi boleh Google dahulu nama saya sebelum panggil berlakon.

“Saya pernah dipanggil berlakon di Singapura, mereka buat homework dan memberi layanan baik apabila kami bertemu.

"Dalam soal harga saya tiada masalah untuk berbincang terutama bila skrip dan jalan cerita bagus. Tetapi kalau cerita biasa-biasa sahaja, harga lebih utama," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain