suria

Kongsi video Jihan Muse dan Haziq, Elly Mazlein perli pengacara suka ‘bahan’ orang di atas pentas - “Daripada lawak berulang main nama bapa”

Elly terbuka berkongsi luahan di media sosial.

PENYANYI dan pengacara Elly Mazlein secara terbuka memerli gandingan Haziq Hussni dan Jihan Muse ketika mengendalikan rancangan The Chosen One yang disiarkan di saluran Astro Ceria.

Elly atau mesra disapa Kak Lina, 44, berkata, dia berharap tidak menjadi seorang pengacara yang gemar bercakap tentang orang lain ketika di atas pentas.

"Semoga Kepom (panggilan Elly) tidak menjadi pengacara seperti ini yang suka membahan dan memerli.

elly 3

Perkongsian Elly di Instagram.

“Semoga kasih sayang terus kekal dalam diri Kepon selamanya buat sesama insan," katanya.

Elly menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Sabtu.

Perkongsian berkenaan disertakan klip rakaman dua pengacara itu di atas pentas sama-sama sedang menyanyi lagu Mengintai Dari Tirai Kamar yang pernah dipopularkan oleh Exists sambil Haziq menari.

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein dedah sebab undur diri ASGV, pilih tenang dan bahagia - “Beri laluan orang is shaking buat kerja”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Elly Mazlein tak kuasa gaduh fasal rezeki, ada jawapan tuduhan suka tenggelamkan rakan hos - “Itu sebab kita jangan shaking!”

Jihan kemudian memberitahu perbuatan tersebut sama seperti seseorang yang juga bekerja di Astro tetapi versi wanita.

Meskipun tidak menyebut nama, namun kata-kata itu dianggap ditujukan kepada Elly yang suka menyanyi ketika mengacara sesebuah program.

Dalam pada itu, Elly berkata, dia tidak melihat caranya yang gemar menyanyi ketika mengacarq sebagai masalah asalkan ia dapat menghiburkan penonton.

elly 2

Elly ada cara sendiri menghiburkan peminat.

Kata Elly, walaupun ada tidak menyukainya tetapi sekurang-kurangnya dia tidak memerli atau membahan orang lain.

"Biarlah lawak menyanyi berulang kalau dengan cara ini menghiburkan. Daripada lawak berulang main nama bapa, memerli dan membahan.

“Paling tak menahan lawak tahi lalat Chipsmore berulang-ulang dari musim pertama sampai musim puluh-puluh.

"Inilah contoh 'menutup' hanya hiasan untuk tutup bangkai di longkang," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain