PELAKON Shakilla Khoriri bengang apabila ada pihak cuba mereka-reka cerita buruk tentang dia dan anak perempuannya yang sedang sakit. Susulan itu, Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, meminta individu tidak berkaitan tidak masuk campur urusan keluarganya yang boleh memburukkan keadaan. "Aku lintang pukang uruskan anak, dia pula nak jadi terpaling tahu fasal sakit anak aku. Siap bercerita sana sini. Shakilla meluahkan rasa bengang terhadap pihak yang bercakap tentang dirinya. "Lebih baik diam daripada nampak salah dan bodoh diri sendiri," katanya. Shakilla menulis perkara tersebut di Instasory miliknya pada Sabtu. Dia juga sekali lagi memberitahu anaknya iaitu Ameena Sofia terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital bagi menjalani rawatan susulan jangkitan virus. ARTIKEL BERKAITAN: Lemah sampai hidung berdarah, anak Shakilla Khoriri dikejarkan ke hospital akibat demam panas berpanjangan ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri terharu anak sedang cuti sekolah tawar diri bantu berniaga, doa murah rezeki dapat bahagiakan Ameena "Doktor dekat hospital ini tulis laporan palsu ke? Jururawat yang datang periksa anak aku setiap beberapa jam tu sengaja ke? "Doktor nasihat masuk wad untuk pantau cepat dan terperinci tu ikut cakap aku ke?" luahnya. Shakilla berkongsi perkembangan kesihatan Ameena. Shakilla sebelum ini memaklumkan anaknya itu dibawa ke hospital selepas mengalami demam berpanjangan selain tiada selera makan. Sementara itu dia turut berkongsi keadaan Ameena yang semakin pulih dan cerita selepas mendapat rawatan sejak Khamis. "Dah sihat buat show pula dia. Alhamdulillah, janji awak sihat sudah cukup untuk saya," kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!