suria

Anugerah sekadar bonus, Nabila Huda lebih berharap karier berpanjangan 

Nabila hanya fokus pada kerjaya lakonan dan sama sekali tak berharap akan menang apa-apa anugerah.

TIDAK pernah berharap sebarang pengiktirafan, pelakon Nabila Huda hanya mahu memberi fokus kepada bidang lakonan dicintainya sejak 20 tahun lalu.

Kata Nabila, 40, tiada perkara lain yang dimahukan selain mahu melihat kariernya sebagai pelakon kekal lama dan bukannya trofi.

Disebabkan itu juga, setiap kali memenangi anugerah, Nabila gagal menahan sebak ketika memberi ucapan kerana tidak pernah mengharapkan sebarang balasan.

"Saya cuma fokus pada kerjaya saya untuk berjalan secara berterusan tanpa mengharapkan apa-apa.

size NP 1 - 2024-09-27T144111.555

Antara trofi pernah dimenangi Nabila.

"Sebab itu kalau saya dapat apa-apa anugerah bila saya sebak di atas pentas itu perasaan yang benar.

"Tiada perasaan yang saya dah jangka akan menang," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, walaupun sudah memenangi beberapa anugerah dalam bidang lakonan, Nabila sama sekali tidak pernah mendabik dada.

Malah aktres itu sendiri tidak pernah meletakkan apa-apa sasaran untuk merangkul sebarang trofi kejayaan sepanjang bergelar pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda seronok kerja dengan Kasih Leona, sporting menari TikTok... “Dia bijak, bukan budak bimbo”

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda malas nak jumpa orang, tiada mood sejak kebelakangan ini... Tengok media sosial pun rasa mual

"Jika ada, Alhamdulillah. Sejak awal pembabitan dalam industri tak pernah pasang angan-angan menang anugerah.

"Saya sendiri tak pernah berusaha kuat untuk menang apa-apa anugerah," jelasnya.

Sebelum ini pada 2022, Nabila berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2022 menerusi drama Jeti.

Pada 2019, aktres itu juga memenangi Pelakon Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin ke-23 menerusi drama Dia Tak Berdosa.

size NP 1 - 2024-09-27T144157.726

Nabila hanya fokus pada kerjaya.

Selain itu, Nabila turut diberi pengiktirafan sebagai penerima trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-30 untuk Makrifat Cinta.

Dalam perkembangan lain, Nabila bakal membintangi filem Gayong yang akan memulakan penggambaran 5 Oktober depan.

Selain Nabila, filem Gayong turut menampilkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Syafie Naswip dan Yayan Ruhian.

Filem itu dijangka menemui penonton pada Mei tahun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain