SELEPAS tiga minggu disahkan hamil, personaliti media sosial Siti Jamumall diduga apabila terpaksa 'membuang' kandungannya. Siti atau Siri Suriani Wahiddin, 26, berkata, kandungan itu terpaksa digugurkan selepas doktor mengesahkan dia mengalami kehamilan molar pregnancy atau kandungan anggur. "Rancang nak sorok dulu berita kehamilan sampai bayi dalam kandungan besar tpi tak kesampaian, Siti kena molar pregnancy," katanya. Siti alami molar pregnancy. Siti berkongsi berita sedih itu menerusi TikTok miliknya pada Jumaat. Molar pregnancy terjadi apabila janin tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Kebiasaannya, kehamilan seperti ini tidak akan kekal lama kerana plasenta tidak berfungsi dengan baik dan janin tidak berkembang sama sekali. Dalam kes yang jarang berlaku ini, keadaan kehamilan juga boleh menyebabkan risiko kesihatan bagi ibu. ARTIKEL BERKAITAN: Meriah majlis resepsi Siti Jamumall... Suami siap tunjuk bakat duet Zizi Kirana, tapi netizen saran lupakan nyanyian ARTIKEL BERKAITAN: [V] Teguran lembut jentik hati buat perubahan, suami antara punca Siti Jamumall berhijab Sementara itu, Siti memaklumkan dia akan menjalani prosedur mencuci kandungan dan meminta orang ramai mendoakan keselamatan dirinya. "Allah bagi pinjam sekejap (hamil). Doakan semoga semuanya selamat. "Kena jalani prosedur untuk cuci kandungan. Takut tapi kena kuat," katanya. Hajat Siti dan Aiman menambah anak belum kesampaian. Untuk rekod Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai pada Disember 2022. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, yang kini berusia 3 tahun. Kemudian Siti kembali bergelar isteri kepada pempengaruh Aiman atau Khairul Aiman Abdul Kudus, 21, pada 1 Jun lalu di Satun, Thailand. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!