PELAKON Eyra Hazali selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan pada malam Khamis. Berita gembira itu dikongsi Eyra atau Hazira Qasdina Hazali, 25, yang memberi bayangan kelahiran itu berlaku lebih awal berbanding jangkaan asal. "Baby tak sabar nak tengok dunia. Alhamdulillah," katanya. Eyra berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram. Eyra berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Jumaat. Menerusi foto tersebut, Eyra memuat naik foto suaminya iaitu Haziq Nadzli sedang mendukung bayi mereka. Bagaimanapun, Eyra tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai bayinya termasuk jantina dan nama. ARTIKEL BERKAITAN: Muntah tak henti-henti, buah pinggang anak Eyra Hazali kering ARTIKEL BERKAITAN: Hampir dapat kembar, Eyra Hazali umum hamil anak ketiga Pada 29 Mei lalu, Eyra berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dia kini sedang hamil anak ketiga. Untuk rekod, Eyra dan Haziq yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim bernikah pada 1 November 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 4 dan Muhammad Endra Haqimie, 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!