suria

Yusry kagum kebolehan luar biasa Sofyank, minta kembang bakat hasil VFX filem

Yusry kagum hasil kerja VFX dibuat Sofyank, terbuka jika ada peluang untuk bekerjasama suatu hari nanti.

PENGARAH Datuk Yusry Abdul Halim meluahkan hasrat menjalinkan kerjasama dengan personaliti media sosial Sofyank yang juga seorang pereka video kesan visual (VFX).

Yusry, 51, berkata, dia kagum dengan hasil kerja Sofyank yang banyak melakukan pelbagai eksprimen dalam projek dihasilkan.

"Saya sebenarnya kagum dengan hasil kerja dia (Sofyank), dia banyak bereskperimentasi dalam penghasilan video dibuat.

"Memang video dia buat sentiasa menarik perhatian, kalau ada peluang untuk bekerjasama kenapa tidak?," katanya kepada mStar.

size NP 1 - 2024-09-26T160554.699

Yusry nasihat Sofyank buat VFX untuk filem.

Dalam pada itu, Yusry berpandangan sudah tiba masa Sofyank atau Muhammad Sofian Abdullah, 28, mencabar diri dengan mengambil tawaran menghasilkan VFX untuk projek berskala besar seperti filem.

Tambah Yusry, dengan kualiti dan kepakaran dimiliki, ia bukan mustahil untuk Sofyank melakukan perkara tersebut.

"Saya rasa orang seperti Sofyank kena bergerak ke peringkat seterusnya seperti buat filem.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang timbul fitnah, Yusry rawat masalah lingkaran gelap bawah mata

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau pelakon kerja 20 jam, pengarah berapa lama pula?” - Yusry Abdul Halim kata krew pun kena lenjan!

"Saya faham dia bermula sebagai seorang content creator tapi sudah tiba masa dia cuba cipta video untuk skala lebih besar.

"Nasihat saya dia buat dengan baik setakat ini, tapi sudah tiba masanya dia cuba buat filem," jelasnya.

Sementara itu, Yusry berkata dia mula mempelajari ilmu VFX dengan membaca buku berbeza dengan generasi baharu yang lebih gemar belajar di YouTube mahupun TikTok.

size NP 1 - 2024-09-26T160623.265

Yusry belajar tentang VFX melalui buku.

Namun, pengarah filem Cicakman itu terbuka hati untuk menurunkan ilmunya pada generasi muda.

"Masa berubah, dulu masa saya mula belajar buat VFX saya beli buku dan pelajari daripada situ.

"Generasi sekarang banyak menuntut ilmu melalui YouTube dan sebagainya, jadi lebih senang dan mudah untuk mereka.

"Tapi saya terbuka untuk turunkan ilmu pada generasi muda, paling penting teknologi ni kena sentiasa belajar supaya tidak ketinggalan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain