suria

Ezzaty Abdullah selamat bersalin anak ketiga, timang bayi lelaki

Ezzaty dan Azwan timang cahaya mata ketiga.

PELAKON Ezzaty Abdullah selamat bersalin anak ketiga pada pukul 11.29 pagi pada pagi Khamis.

Ezzaty, 34, memberitahu dia dan suami iaitu Azwan Kombos menimang cahaya mata lelaki dan meluahkan rasa bersyukur bagi mereka dilahirkan pada bulan kelahiran Rasulullah SAW.

"Alhamdulillah syukur kepada Allah, dengan mengambil berkat bulan kelahiran Rasulullah, pada 21 Rabiul Awal 1446H bersamaan 26 September 2024, pada jam 11:29 pagi, bayi lelaki kami selamat dilahirkan.

size NP 1 - 2024-09-26T200745.623

Ezzaty sebelum jalani prosedur bersalin.

"Baby dan saya dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada yang mendoakan kami," katanya.

Ezzaty berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada petang Khamis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan ucapan tahniah dan mendoakan urusan berpantang aktres itu dipermudahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezzaty Abdullah tunggu hari nak bersalin, segan nak kongsi berita hamil anak ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Ezzaty Abdullah timang anak lelaki, syukur impian bersalin hari Jumaat tercapai

"Eh bersalin dah ke? Baru je tengok video kat IG bawa anak-anak berjalan, apa-apa pun tahniah dan selamat berpantang.

"Tahniah Ezzaty dapat bayi lelaki, semoga urusan berpantang selepas ini dipermudahkan.

"Alhamdulillah ibu dan anak sihat, selamat berpantang buat Ezzaty selepas ini," tulis netizen.

size NP 1 - 2024-09-26T200818.053

Ezzaty dan Azwan kini miliki tiga orang cahaya mata.

Untuk rekod Ezzaty mendirikan rumah tangga dengan Azwan pada 16 Julai 2016.

Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Harum Dalia,7, dan Ahmet yang kini berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain