suria

[V] Kehadiran 5 ‘bodyguard’ dianggap melebih-lebih, Fazura ada sebab bawa pengawal peribadi ke mahkamah

KEHADIRAN lima orang pengawal peribadi mengiringi pelakon Fazura ketika sebutan kes penceraiannya pada Rabu lalu disifatkan sebagai melebih-lebih.

Pengurus Fazura iaitu Iman Tang menjelaskan kehadiran pengawal peribadi bagi mengelakkan situasi buruk berlaku terhadap aktres berkenaan ketika di mahkamah.

Malah insiden lama di mahkamah sebelum ini menjadi pengajaran buat mereka dan mengambil langkah berjaga-jaga.

size NP 1 - 2024-09-26T183144.082

Iman jawab mengapa Fazura upah lima orang pengawal peribadi.

"Jika hanya ada satu atau dua pengawal mungkin tak terkawal dan semalam keadaan di situ kita tak tahu macam mana sebab ada juga peminat yang datang dan rasanya okay mengupah pengawal peribadi.

“Pernah ada insiden kes di Mahkamah Tinggi, waktu itu tiada pengawal peribadi tapi ada peminat bertindak di luar jangkaan,” katanya kepada mStar.

Iman menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada Sidang Media Govinda Hal Hebat di Shook JW Marriot di Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Berkongsi lanjut, Iman berkata, tindakan mengupah pengawal peribadi disebabkan ada peminat pernah cuba mengambil kesempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak jadi cerai, Fattah masih sayang Fazura

ARTIKEL BERKAITAN: Demi maruah, Fazura nekad teruskan cerai

"Ada insiden tak perlu sebut majlis apa, ada individu kurang sopan datang tarik Fazura ajak bergambar.

"Kemudian bila dah bergambar, bersandar pula dekat bahu dan ambil kesempatan terhadap situasi ketika itu," jelasnya.

Pada Rabu Fazura dan suami, Fattah Amin hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari, Selangor bagi sebutan kes penceraian mereka.

Fazura ada sebab mengapa upah pengawal peribadi ke mahkamah.

Fazura dikawal ketat pengawal peribadi ketika di perkarangan mahkamah.

Bagaimanapun kes itu disambing pada 7 Oktober depan.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di mahkamah sama selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain