suria

Model Malaysia dan pelakon Aditya Zoni cerai talak satu, Yasmine Ow dapat hak penjagaan anak 

Yasmine dan Aditya sah bercerai menerusi perbicaraan yang berlangsung cera atas talian,

KEMELUT rumah tangga model asal Malaysia Yasmine Ow dengan pelakon Indonesia iaitu Aditya Zoni berakhir apabila pasangan itu bercerai talak satu pada Rabu.

Tribunnews melaporkan kes penceraian Yasmine dan Aditya berlangsung secara atas talian di Mahkamah Agama Cibinong di Bogor, Indonesia.

Hak penjagaan anak tunggal mereka iaitu Zayn Serdar Enver Warman pula diberikan kepada Yasmine.

Copy of Untitled - 2024-09-26T134028.133

Yasmine berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory.

Model berkenaan menjelaskan penceraian itu bukan tanda kemenangan sebaliknya dia menerima ketentuan itu dengan ikhlas.

Fokus utamanya ketika ini adalah membesarkan Zayn yang kini berusia dua tahun dengan penuh kasih sayang.

"Jujurnya ini (penceraian) bukan sesuatu yang patut dibanggakan kerana Allah benci dengan penceraian tetapi inilah jalan hidup dan saya ikhlas.

"Saya berharap anda semua faham dengan keputusan dibuat dan izinkan saya meneruskan kehidupan bersama Zayn," katanya menerusi Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Yasmine Ow tak mahu tuntut nafkah anak, cuma minta Aditya Zoni penuhi dua syarat

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun rumah tangga berantakan, model Malaysia fail cerai terhadap aktor Aditya Zoni

Mei lalu, Yasmine memfailkan cerai terhadap Aditya selepas tiga bulan mereka tidak tinggal sebumbung.

Difahamkan, Yasmine kembali menetap di rumah keluarganya di Malaysia.

Untuk rekod, Yasmine yang berasal dari Sabah melangsungkan perkahwinan dengan Aditya pada 28 Disember 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain