suria

Nabil Aqil nak cari calon isteri tapi pelik lelaki pula DM cuba nasib… “Berat ujian saya ini”

Nabil menerima banyak kiriman mesej daripada lelaki.

TATKALA sibuk mencari calon isteri yang sesuai, pelakon Nabil Aqil sebaliknya memberitahu dia menjadi buruan lelaki selepas menerima banyak kiriman mesej di aplikasi TikTok.

Nabil atau Mohammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin, 26, berkata dia sendiri tidak mengetahui mengapa lebih ramai lelaki menghubunginya berbanding wanita.

"Saya pun tak faham kenapa lebih ramai lelaki yang mesej saya berbanding perempuan. Kebanyakannya meletakkan harapan tinggi untuk ajak saya keluar, ada yang sekadar bertanya khabar.

nabil1 - 1

Nabil berkongsi antara mesej-mesej yang diterima.

"Saya tak tahu kenapa lelaki mesej saya, saya ini suka perempuan. Adakah ini ujian untuk saya? Berat juga ujian saya ini asyik didatangi dengan kaum lelaki sahaja. Perempuan ada tapi tak ramai pula," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Nabil memberitahu dia tidak pernah melayan sebarang mesej yang dihantar oleh lelaki yang tidak dikenali di media sosial.

Ini kerana dia mahu memberikan fokus mencari calon isteri dan tidak berminat untuk melayan perkara yang tidak bermanfaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Aqil maafkan netizen salah faham maksud idam watak gay

ARTIKEL BERKAITAN: Bersentuhan dalam drama, Sharifah Rose lakon babak ‘sweet’ supaya penonton tidak bosan

"Saya tidak pernah melayan mana-mana lelaki yang saya tidak kenal menghantar mesej. Prinsip saya untuk berkahwin dan saya mencari perempuan bukan lelaki.

"Jadi memang saya tidak pernah melayan mesej-mesej begitu," ujarnya.

Bercerita mengenai calon pasangan hidup, pelakon drama Anggun Mikayla ini memberitahu dia mahu memilih wanita yang benar-benar sesuai kerana trauma dengan kisah cinta lalu.

"Saya tidak nafikan saya agak memilih dalam mencari pasangan. Kita nak jadikan seseorang itu pasangan hidup jadi saya kena cari wanita yang betul-betul sesuai.

"Saya takut, fobia dan trauma kerana sebelum ini saya pernah dipermainkan oleh wanita. Jadi saya terpaksa buat pemilihan yang betul untuk mencari pasangan hidup.

nabil2 - 1

Nabil sedang berusaha untuk mencari calon isteri yang sesuai.

"Kesimpulannya mungkin saya masih belum ada rezeki untuk berjumpa dengan wanita yang tepat. Selama ini saya sering bertemu dengan orang yang salah untuk saya belajar daripada pengalaman dan menjadi lebih kuat," katanya.

Sebelum ini, Nabil memuat naik sebuah hantaran di Instastory miliknya memaparkan tangkap layar kiriman mesej yang diterima di TikTok.

Kata Nabil, mesej yang dihantar kebanyakannnya daripada golongan lelaki dan kerana itu menyebabkan dia sukar untuk mencari teman wanita.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain