PELAKON Syafie Naswip memberitahu kebun kecil yang diusahakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kira-kira dua tahun lalu sudah tiada lagi. Menurut Syafie atau Mohd Syafie Naswip, 32, perkara itu terjadi gara-gara dia kurang ilmu mengenai cara bercucuk tanam dengan betul menyebabkan banyak pokok mati. "Tiada, dah habis semua pokok yang saya tanam dalam pasu dah mati tinggal tanaman yang besar sahaja. Kebanyakkan tanaman Syafie sudah mati dan layu. "Sebab masa itu saya hanya ada ilmu asas dan tak belajar lebih mendalam seperti nak buat tanaman kena ada saliran air betul tapi saya cuma siram biasa sahaja. "Jadi bila saya kena pergi ke set penggambaran, tiada siapa jaga kemudian pokok-pokok tu mati," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Syafie berkata bercucuk tanam merupakan salah satu terapi buat dirinya sehingga mampu meluangkan masa di kebun kecil itu berjam-jam lamanya. Malah katanya, pokok-pokok tersebut sangat manja kerana jika dijaga oleh orang lain ia akan layu dengan cepat. ARTIKEL BERKAITAN: Minat bercucuk tanam, Syafie Naswip keluar modal RM10,000 untuk Kebun Bujang Nilai - “Tanam pokok macam bela kucing, perlu dibelai” ARTIKEL BETKAITAN:“Kalau lekat, lekatlah” - Syafie Naswip berserah soal anak, murah rezeki selepas kahwin "Menanam itu bagaikan satu terapi buat saya, malah saya boleh duduk rumah dan bercakap dengan pokok dari pukul 8:30 malam sampai pukul 3 pagi. "Esoknya pukul 8 pagi boleh buat perkara sama sampai masuk waktu tengah hari. "Tambah pula pokok saya manja kalau orang lain siramkan pokok tu jadi layu, jadi kena saya juga yang buat," ujarnya. Insya-Allah doakan mana tahu akan ada Nurseri by Syafie Naswip, SYAFIE NASWIP PELAKON Sementara itu, Syafie meluahkan hasrat untuk kembali mengusahakan kebun kecilnya itu bersama isteri suatu hari nanti. Aktor itu juga memohon orang ramai mendoakan cita-citanya untuk mempunyai nurseri sendiri tercapai. "Ada cakap juga dengan isteri, kena bercucuk tanam balik. "Tapi perlu lakukan dengan ada sistem atau maksudnya buat dengan betul seperti ada saliran air dan sebagainya. Syafie ada berbincang dengan isteri untuk kembali usahakan sebuah kebun kecil. "Insya-Allah doakan mana tahu akan ada Nurseri by Syafie Naswip," jelasnya. Sebelum ini, Syafie sanggup mengeluarkan modal hampir RM10,000 untuk mengusahakan tanamannya yang diberi nama Kebun Bujang Nilai. Untuk rekod, Syafie mendirikan rumah tangga dengan Nur Afiqah pada 23 Disember tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!