PELAKON Abby Abadi tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan kemelut rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura. Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkata dia tidak dapat menahan air mata apabila membaca laporan berita mengenai kes penceraian pasangan itu di media sosial sejak awal pagi Rabu. Malah, Abby meletakkan harapan agar hubungan Fattah dan Fazura tidak berakhir dengan penceraian. Abby sedih melihat kemelut rumah tangga yang menimpa Fattah dan Fazura. "Akak (panggilan Abby) tengah berniaga ni, dari pagi kejap-kejap menangis baca cerita korang (Fattah dan Fazura). "Akak sedih sangat ni, janganlah (bercerai). Kita manusia, tak sempurna. Jangan cepat sangat mengalah dengan keadaan. "Perbaikilah apa yang kurang, jangan berpisah! Jangan," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Demi maruah, Fazura nekad teruskan cerai ARTIKEL BERKAITAN: "Daddy sentiasa sayang awak berdua"... Fattah kongsi foto terakhir Fazura dan anak, peminat pula sebak Abby berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory pada petang Rabu. Dalam perkongsian itu, Abby turut memuat naik video daripada aplikasi TikTok yang memaparkan kemesraan pasangan suami isteri itu. Pelakon drama Polis Peronda itu bagaimanapun menasihati Fattah dan Fazura agar mempertahankan rumah tangga mereka dan menyifatkan apa yang berlaku ini adalah hanya ujian kecil sebagai suami dan isteri. Kes penceraian Fazura (kiri) dan Fattah (kanan) disambung pada 7 Oktober ini. "Adik-adikku Fattah dan Fazura, please! Kalau kita rasa kita yang paling tersakiti saat ini, ada yang lebih sakit di luar sana. Kecil sangat ujian ini, pertahankan!" ujarnya. Pada pagi Rabu, Fattah dan Fazura hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi sebutan permohonan cerai. Kes akan disambung pada 7 Oktober depan sebagai penentu hubungan rumah tangga mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!