suria

Siti Saleha menang anugerah ‘Bintang Asia Terbaik’ di Korea Selatan

Saleha dinobat sebagai Bintang Asia Terbaik 2024.

PELAKON Siti Saleha berjaya mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai pemenang Bintang Asia Terbaik di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 pada Rabu.

Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum, 34, memaklumkan perkara itu di Instagram miliknya dengan berkongsi foto bersama trofi kemenangan.

"Anugerah ini adalah milik kita Malaysia," katanya ringkas.

saleha2 - 1

Saleha teruja berkongsi berita kemenangannya di Instagram.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan mengucapkan tahniah atas kejayaan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu.

"Alhamdulillah, tahniah! Semoga terus sukses dan sentiasa merendah diri.

"Tahniah Sally (panggilan Saleha), Malaysia Boleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saleha jarang buat ‘live’ media sosial, tak mahu lokasi diketahui... Bimbang ada penonton berniat jahat

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun sulam cinta dengan pereka fesyen, Siti Saleha ada sebab belum sedia kahwin

"Tahniah anda memang layak menang," tulis netizen.

Untuk rekod, Saleha dicalonkan dalam kategori Bintang Asia Terbaik menerusi drama siri asal berjudul SeOfis yang disiarkan di platform digital Tonton.

Menerusi kategori tersebut, aktres berkenaan berjaya menewaskan lima lagi pesaingan termasuk barisan pelakon dari Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain