suria

Berat terima hakikat ibu bapa sudah bercerai, Ismail Izzani rindu kenangan bersama keluarga

Ismail menerima perpisahan ibu bapanya dengan hati terbuka.

ENGGAN terus diselubungi rasa sedih, penyanyi Ismail Izzani reda dan berlapang dada menerima penceraian ibu bapanya yang berlaku sejak tiga tahun lalu.

Sebagai anak, Ismail atau Ismail Izzani Zainal Nazeri, 24, memandang perkara itu daripada sudut positif asalkan kedua-dua orang tuanya bahagia membawa haluan masing-masing.

“Perpisahan mereka (ibu bapa) agak berat. Saya sayang kedua-dua ibu bapa saya khusunya ibu saya tetapi saya percaya keputusan ada di tangan mereka.

Copy of Untitled - 2024-09-25T095554.436

Ismail berkongsi perkara itu ketika ditemui di TRX, Kuala Lumpur.

“Macam mama pun, asalkan mama bahagia dan selamat. Mungkin dia boleh buat banyak benda selepas ini yang dia tak dapat buat sebelum ini,” katanya kepada mStar.

Ismail berkongsi perkara itu ketika ditemui di sesi bersama peminat yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sebelum ini, ibu kepada Ismail iaitu penyanyi Suliza Salam dilaporkan berpisah dengan bekas suaminya iaitu Datuk Zainal Nazeri Zainuddin sejak hampir tiga tahun lalu.

Selain Ismail, pasangan ini turut dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Izzati dan Falahi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bekas suami didakwa tak pulang 4 pita filem Sarimah Ahmad, ini jawab Suliza Salam... “Mereka rapat macam adik-beradik”

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak usia 17 tahun sibuk kerja, sekarang Ismail Izzani lebih banyak luang masa bersama keluarga

Mengakui terkesan setiap kali mengenang detik bahagia bersama keluarga, Ismail bagaimanapun enggan terlalu mengikut emosi.

Tambahan pula dia perlu memikul tanggungjawab besar sebagai satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.

“Sedih itu memang sedih, saya rindu kenangan raya kami bersama, perubahan yang kami lalui itu agak berat.

“Tetapi bagi saya sebagai orang dewasa saya kena terima apa yang berlaku dan tak boleh jadi seorang beremosi sebab saya perlu menyokong ibu dan kakak-kakak saya.

Saya percaya keputusan ada di tangan mereka

ISMAIL IZZANI

PENYANYI

“Saya satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dan selepas perpisahan terjadi saya rasa bertanggungjawab untuk pastikan ibu dan kakak saya dalam keadaan baik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ismail turut memberitahu perpisahan tersebut membuatkannya lebih menghargai setiap waktu yang diluangkan bersama bapanya.

“Apa yang saya lalui, agak susah tetapi saya akui semua terjadi ada sebab. Mungkin untuk saya mengisi ruang-ruang kosong yang saya terlepas pandang sebelum ini.

“Contohnya, saya selalu cakap yang mama saya selalu ada dengan dia, tapi pada masa yang sama saya kena beri masa itu kepada ayah saya juga. Jadi, saya banyak luangkan masa dengan ayah saya juga,” ujarnya.

Copy of Untitled - 2024-09-25T100326.366

Ismail memikul tanggungjawab menyokong keluarganya.

Dalam perkembangan lain, Ismail tampil mempertaruhkan lagu baharunya berjudul Iman yang dilancarkan bermula 6 September lalu di semua platform digital.

Apa yang menarik, lagu tersebut menggabungkan genre afro beat dengan melodi Melayu serta menampilkan koreografi khas sepanjang muzik video.

Iman merupakan lagu hasil ciptaan Joe Flizzow dan Sona One dengan kolaborasi bersama pemuzik dari Afrika iaitu Alexander Oghenetejiru Anidi dan Deekid.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Artikel Lain