BEKAS isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menuntut pengarah filem itu sebanyak RM3,000 dengan alasan menyusahkan pihaknya kerana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu bagi hal urusan rumah tangga mereka. Namun begitu, hakim mahkamah berkenaan Maizatul Aliza Chee Din hanya membenarkan Syamsul membayar RM200 kepada Ira sebagai kos kehadirannya itu. Peguam yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Aris tidak bersetuju dengan tuntutan Ira itu dengan alasan proses perceraian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September lalu sudah selesai dan menjimatkan masa semua pihak. Ira ditemui ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. "Sepatutnya hari ini (Rabu) pihak kami ingin menarik semula permohonan membabitkan tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) yang difailkan Syamsul pada 19 Ogos lalu. "Pihak saya juga sudah memfailkan notis penarikan semula kes yang difailkan. Bagaimanapun Ira yang hadir bersama peguam memohon kos kehadiran sebanyak RM3,000 kepada mahkamah. "Bagi saya, apa penting sekarang ini adalah kedua-dua pihak sudah ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor untuk menyelesaikan isu pelanggaran taklik pada hari sama dan menerima keputusan itu. "Jadi kami percaya sedikit sebanyak perkara itu sudah menjimatkan masa dan kos pihak-pihak," katanya yang beranggapan tuntutan itu tidak seharusnya dibuat. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wujud pelanggaran taklik sebanyak 5 kali, Syamsul dan Ira Kazar sah cerai talak satu ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof lega urusan mahkamah selesai, enggan kongsi sebab cerai Ira Kazar Untuk rekod, bagi menarik kes tuntutan cerai yang difailkan, memadai ia hanya diuruskan oleh peguam sahaja. Sementara itu, peguam syarie mewakili Ira iaitu Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata tujuannya memohon kos tersebut adalah kerana telah menyusahkan pihak defendam iaitu Ira. Malah, pihaknya berasa kesal apabila Syamsul tidak berlaku jujur terhadap lafaz taklik sebelum ini sehingga mereka memfailkan perkara itu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor. "Tujuan kami memohon kos kehadiran sebanyak RM3,000 kepada plaintif kerana dianggap menyusahkan pihak defendan iaitu Ira, selain plaintif tidak berterus terang kerana wujudnya lafaz taklik di luar mahkamah pada Jun lalu. Kami memohon kos kehadiran sebanyak RM3,000 kepada plaintif kerana dianggap menyusahkan pihak defendan iaitu Ira. MUHAMMAD FADHIL ABDUL RAZAK PEGUAM SYARIE MEWAKILI IRA "Cuma saya nak katakan di sini saya kesal lafaz cerai sudah berlaku di luar mahkamah sebelum ini, tapi Syamsul memilih untuk membuat permohonan cerai dan bukannya pengesahan lafaz taklik yang berlaku sejak 14 Ogos lalu. "Sebab itu kami failkan di Kuala Selangor, sebab kalau Syamsul tidak failkan, Ira kena failkan. Berikutan itu ramai yang keliru. Jadi disebabkan itu hari ini pihak Syamsul menarik balik kes ini," katanya. Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, 29, bercerai talak satu pada 5 September lalu selepas mahkamah mengesahkan berlakunya pelanggaran taklik sebanyak lima kali oleh Ira sejak 14 Ogos tahun ini. Syamsul dan Ira sah bercerai talak satu pada 5 September lalu. Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand dan pasangan itu dilaporkan mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari 2023. Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5. Perkahwinannya dengan Ira tidak dikurniakan cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube