suria

Niat cari rezeki halal, Lorenzo Irmann tolak godaan di media sosial

Ramai yang cuba mendekati Lorenzo selepas namanya dikenali.

KETIKA nama semakin dikenali, pelakon Lorenzo Irmann juga tidak terlepas daripada menerima godaan di media sosial.

Enggan terjebak dengan perkara tidak bermoral itu, Lorenzo atau Lorenzo Irmann Farhan @ Caddeo Paolo, 20, mengambil langkah mengabaikan mesej keterlaluan yang diterima.

Kata Lorenzo, tiada jalan pintas untuk hidup senang dan biarlah ianya diperoleh daripada sumber yang halal.

lorenzo 2

Lorenzo mahu jaga nama sebagai pelakon.

"Kalau buka DM (direct messege) di media sosial ada sahaja mesej sebegitu. Tetapi saya tak layan. Kalau bukan tawaran kerja atau berkaitan kerja saya abaikan terus.

"Orang yang hidup senang cara begitu mustahil boleh dapat duit dengan hanya membalas mesej. Mestilah akan keluar bersama atau buat sesuatu dan duit itu tidak halal.

"Apa yang penting bagi saya adalah maruah. Saya cari duit untuk beri makan pada keluarga. Saya berlakon mencari rezeki yang halal," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktif berborak di TikTok, followers sedar jejaka mix Melayu-Itali ini ada persamaan dengan Syamsul Yusof - “Rasa kelakar bila ramai tak percaya”

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak tolak tawaran, Neera Azizi belum berhenti berlakon... Kini bergelar penyampai radio

Lorenzo ditemui ketika majlis tayangan dan sidang media drama terbaharu lakonannyua berjudul Ternyata Sebuah Bahagia yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Lorenzo mendedahkan dia pernah menerima gambar serta video tidak senonoh atau dianggap melampau daripada individu bukan kenalannya.

Lebih mengejutkan lagi, rata-rata mereka yang berani melakukan perkara begitu adalah golongan lelaki.

Saya cari duit untuk beri makan pada keluarga

LORENZO IRMANN

PELAKON

"Memang terkejut apabila buka mesej melihat gambar dan video yang keterlaluan. Pelik juga bila terima mesej macam itu. Saya boleh kata 70 peratus yang mesej saya adalah lelaki.

"Saya memang elakkan membalas komen sebegitu," tegasnya.

Sementara itu bercakap tentang kerjaya lakonan, Lorenzo meluahkan rasa syukur apabila bakatnya semakin menyerlah dan mula mendapat perhatian produser serta pengarah drama tempatan.

lorenzo 3

Bakat Lorenzo kini semakin mendapat perhatian.

Anak muda berdarah kacukan Melayu-Itali ini juga percaya penting untuk seorang pelakon baharu mencipta populariti di samping bakat lakonan yang hebat.

"Bakat lakonan perlu ada dan populariti juga penting. Kita kena sedar stesen televisyen menjalankan perniagaan dan mereka perlukan rating

"Sebagai pelakon baru kena bijak pasarkan diri supaya mendapat sokongan ramai. Mungkin itu tiada dalam diri ini dan sebab itu saya setuju dengan perkara tersebut," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain