MEMILIH untuk tidak terlalu kerap berkongsi kehidupan peribadi di media sosial, pelakon Datin Elvina Mohamad percaya tindakannya itu dapat mengelakkan sebarang kecaman atau kata-kata buruk terhadap keluarga. Elvina atau Norzalina Mohamad, 29, turut memberitahu dia lebih selesa untuk tidak menjawab sebarang tanggapan netizen yang mungkin kurang setuju dengan setiap apa yang dikongsikan di platform berkenaan. "Sebelum ini apabila saya selalu berkongsi fasal anak-anak ada sahaja yang cuba mencari kesalahan. Susah dan rasa malas nak terangkan kembali sebab masing-masing ada cara tersendiri untuk membesarkan anak. Elvina tidak mahu suami terkena tempias kecaman. "Sebab itu saya pilih untuk jarang berkongsi. Tidak mahu suami atau anak-anak terima kecaman. Biarlah orang bercakap tentang saya sahaja. Rasa sakit membaca komen apabila melibatkan keluarga. "Suami pun ada ketika akan marah bila membaca komen. Jadi saya mahu elakkan dia terima komen tak elok," katanya kepada mStar. Elvina ditemui ketika majlis tayangan dan sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Ternyata Sebuah Bahagia yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Elvina Mohamad bengang bibik lari tinggalkan bayi 9 bulan sendiri... Sempat curi duit dan telefon bimbit ARTIKEL BERKAITAN: Elvina Mohamad masih trauma dengan pembantu rumah... Bibik baharu pula kantoi ambil botol anak guna kaki Tambah pelakon ini dia yakin tidak semua pengikut di media sosial mahu mengikuti perkembangan peribadi berbanding kerjaya seninya. "Penyakit ain sebenarnya ada dan saya mahu elakkan perkara itu. Tak semua suka tengok kebahagiaan kita. Apa yang saya kongsi di media sosial tentang kehidupan peribadi sedikit sahaja. Banyak lagi perkara lain orang tak tahu. Rasa sakit membaca komen apabila melibatkan keluarga DATIN ELVINA MOHAMAD PELAKON "Rasanya lebih baik mencegah berlaku perkara sebegini. Syukur bila dah kurang berkongsi kisah keluarga semakin kurang kecaman terhadap mereka," ujarnya. Untuk rekod, Elvina berkahwin dengan Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac 2018 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki. Bercakap tentang drama lakonannya, Elvina meluahkan rasa teruja apabila dapat memberikan kelainan membawakan watak bernama Rhea. Barisan pelakon drama Ternyata Sebuah Bahagia. "Selalu dapat watak wanita teraniaya dan banyak bermain emosi. Bila dapat tawaran ini saya pun awal tidak yakin, tetapi produser beritahu saya boleh buat. Rasa seronok dan berminat untuk mencuba watak sebegini di masa akan datang," jelasnya. Selain Elvina, drama ini turut menampilkan pelakon lain seperti Che Puan Sarimah, Zamarul Hisham, Azah Aziz, Lorenzo Irmann, Myra Afrina dan Kenji Sawahi. Drama arahan Nur Ain Sharif dan Ejump Mohd ini mula bersiaran di saluran Astro Ria pada Isnin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!