PENYANYI Zaki Yamani mendedahkan ada menerima tawaran menyambung pengajian ke sebuah universiti awam namun terpaksa menolak peluang berkenaan. Kata Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 18, dia mempunyai sebab tersendiri memilih untuk melanjutkan pelajaran di universiti swasta. "Siapa kata saya tak dapat UiTM, saya dapat saja tawaran itu. Alhamdulillah. Zaki berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Selasa. "Tapi saya tetap memilih MSU atas sebab-sebab tertentu. Cuma saya ada alasan tersendiri," katanya menerusi hantaran di InstaStory pada Selasa. Zaki menjelaskan perkara itu dengan memuat naik surat tawaran yang diterima daripada Universiti Tekonologi Mara (UiTM). Dalam pada itu, Zaki turut memberitahu bapanya iaitu penyanyi Datuk Jamal Abdillah bahawa tidak semua perkara harus dikongsi kepada umum. "Chill Baba (panggilan Jamal), tak semua benda kita kena bagitahu orang," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Impian masuk universiti tercapai, Zaki Yamani berhabis RM40,000 untuk sambung belajar ARTIKEL BETKAITAN: [V] Zaki Yamani pilih rahsia keputusan SPM, sudah dapat tawaran sambung belajar Sebelum ini, Zaki mendedahkan sanggup berhabis RM40,000 bagi memenuhi hasratnya meneruskan pengajian di peringkat diploma di sebuah universiti swasta. Kenyataan itu menimbulkan spekulasi ramai sehingga ada yang mendakwa Jamal mengabaikan pelajaran anaknya. Tampil mengulas hal berkenaan, Jamal memberitahu dia bersedia membiayai pembelajaran Zaki meskipun anaknya berkeras untuk membayar sendiri yuran pengajian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!