suria

Peminat Marvel dah tak sabar, nampak Kuala Lumpur dalam trailer filem ‘Thunderbolts

Lokasi penggambaran filem Thunderbolt di KL.

SELEPAS hampir sebulan berteka-teki, akhirnya terjawab persoalan adakah Malaysia menjadi lokasi untuk filem Marvel terbaharu berjudul Thunderbolts*.

Ini selepas Marvel Studio memuat naik teaser pendek mengenai filem berkenaan di akaun rasmi YouTube mereka pada Isnin.

Dalam klip berkenaan dapat dilihat Florence Pugh yang memegang watak utama sebagai Yelena Belova muncul di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

830 x 533 - 1

Florence Pugh menjadi watak utama dalam filem Thunderbolts*

Babak tersebut dipercayai dirakam di Medan Pasar Kuala Lumpur berlatar belakangkan Menara HSBC South Tower.

Pada Julai lalu, Pugh mengesahkan dia telah menjalani penggambaran di menara kedua tertinggi di dunia iaitu Merdeka 118.

Pelakon berusia 28 tahun ini mengatakan aksi lagak ngeri paling mencabar dilakukan ialah melompat dari menara kedua tertinggi di dunia itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak kejar ‘engagement’ sanggup kutuk filem tempatan, Liyana Jasmay sound content creator buat reviu cara lapuk

ARTIKEL BERKAITAN: Dah ramai ‘sangkut’ cerita ini... Misteri siri Viu Original Nafsu buat penonton tak senang duduk

Sementara itu, rata-rata Malaysia berasa bangga dan gembira kerana Malaysia ditampilkan dalam produksi Hollywood.

"Saya dengar khabar Florence yang melakukan aksi payung terjun di Merdeka 118, jadi saya harap kita boleh lihat aksi tersebut dan lebih banyak tentang Malaysia dipaparkan.

"Thunderbolts* berlakon di beberapa kawasan di KL. Kita perlu menonton filem ini,” ujarnya.

Khabar angin yang menyatakan Pugh melakonkan penggambaran di Kuala Lumpur muncul pada Jun lalu, apabila sebuah akaun peminatnya di laman X memaklumkan dia berada di Kuala Lumpur untuk pembikinan filem terbaharu Marvel.

Lebih menguatkan spekulasi apabila adik Pugh iaitu Arabella Gibbins memuat naik foto Menara Berkembar Petronas di akuan Instagram miliknya.

Thunderbolts* dijangka ditayangkan di pawagam pada 2 Mei depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain