suria

Selepas ditegur Vida, ini respon Caprice... “Abaikan, kirim salam Lavida Coin”

Caprice minta pengikut media sosialnya abaikan teguran Vida.

PENYANYI rap Caprice meminta orang ramai mengabaikan perkongsian terbaharu usahawan Datuk Seri Vida yang tampil menasihatinya untuk berhenti daripada mendedahkan aib di media sosial.

Tidak ambil pusing teguran itu, malah Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 34, turut menulis ayat sindiran menyentuh mengenai isu Lavida Coin.

"Abaikan guys... kirim salam Lavida Coin sahaja dekat dia," katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Selasa.

size NP 1 - 2024-09-24T170901.649

Caprice membalas nasihat Vida menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Sebelum ini Vida atau Hasmiza Othman, 53, terpalit dengan kes Lavida Coin sehingga terdapat 41 mangsa pelaburan tersebut menuntut ganti rugi sehingga RM59 juta.

Sehingga kini, kes tersebut masih belum menemui titik noktah kerana tiada perkembangan terbaharu dilaporkan.

Dalam pada itu, Caprice berkata setiap berita yang diulas adalah atas permintaan daripada orang ramai dan mangsa sendiri.

"Siapa yang ikut saya dari dulu tahu 99 peratus berita kami sebab ramai minta bantu ataupun mangsa sendiri minta tolong.

ARTIKEL BERKAITAN: Vida tegur Caprice berhenti dedah aib berterusan, fokus jaga keluarga... “Saya takut bila Tuhan uji kita”

ARTIKEL BETKAITAN:[V] Gagal tunai janji, 41 mangsa pelaburan Lavida Coin tuntut RM59 juta daripada Vida

"Satu peratus content cuba lawak," jelasnya

Pada Isnin, Vida membuat teguran secara terbuka kepada Caprice untuk berhenti mendedahkan aib orang lain dan fokus kepada keluarga sendiri.

Vida juga mengambil contoh kes seorang pemandu bas yang didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak dan mendapat liputan berterusan daripada Caprice.

Usahawan itu berpendapat pada awalnya perkongsian itu dengan niat memberi kesedaran, namun lama-kelamaan seolah-olah membuka aib individu berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain