suria

Vida tegur Caprice berhenti dedah aib berterusan, fokus jaga keluarga... “Saya takut bila Tuhan uji kita”

Vida menasihatkan Caprice (kanan) untuk berhenti mendedahkan aib individu lain.

USAHAWAN Datuk Seri Vida menasihatkan penyanyi Caprice agar tidak membuat perkongsian isu masyarakat secara berlebihan sehingga membuka aib individu berkenaan.

Kata Vida atau Hasmiza Othman, 53, dia mengambil contoh yang berlaku kepada seorang pemandu bas yang didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak dan mendapat liputan berterusan daripada Caprice.

Vida berpendapat pada awalnya perkongsian itu dengan niat untuk memberi kesedaran, namun lama-kelamaan seolah-olah membuka aib individu berkenaan.

"Daripada asalnya membuat kesedaran sudah menjadi benda yang mengaibkan. Dulu bila saya nak tengok isu viral saya tengok sahaja Instagram Caprice, okay kita dapat informasi sudah cukup.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelukan buat ibu sentuh hati Vida, percaya Abang Bas seorang penyayang

ARTIKEL BERKAITAN: Vida kerja keras agar tak hidup susah, Cik B kecewa dituduh tumpang kesenangan ibu

"Tapi kalau perkara sudah berlarutan, contohnya tentang Abang Bas itu lebih daripada satu perkongsian, dua atau tiga hantaran sudah banyak mengaibkan.

"Tiap-tiap hari saya lihat benda yang sama sampai sudah jadi menjengkelkan dan jatuh kepada mengaibkan," katanya.

Vida berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Caprice pun ada anak perempuan. Kita minta dijauhkan segala benda yang mengaibkan dan memudaratkan

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN

Dalam pada itu, Vida mengingatkan penyanyi itu mengenai ujian yang mungkin diberikan oleh Allah SWT.

Kata Vida, sebagai ibu bapa yang mempunyai anak perempuan adalah lebih baik sekiranya memberikan fokus menjaga keluarga masing-masing.

"Saya beri nasihat ini sebenarnya saya takut bila Tuhan uji kita, dia balikkan hati kita itu sekejap sahaja.

"Caprice pun ada anak perempuan. Kita minta dijauhkan segala benda yang mengaibkan dan memudaratkan.

Vida mohon maaf sekiranya tegurannya mengguris hati Caprice.

Vida buat teguran secara terbuka kepada Caprice.

"Kita takut, saya pun ada anak perempuan dan lelaki. Kita semua ada keluarga jadi banyakkan jaga keluarga sendiri daripada kita ambil tahu tentang hal orang lain," ujarnya.

Sementara itu, Vida turut mendedahkan dia sudah lama mengikuti Instagram Caprice dan lebih gembira melihat penyanyi berkenaan berkongsi tentang kisah bersama isteri.

"Saya adalah orang yang sentiasa mengikuti Caprice daripada dulu. Secara jujur saya suka tengok Caprice buat content bersama isteri dan anak.

"Saya rasa itu lagi sedang melihatnya. Ala-ala suami takut bini sebuah content yang baik. Bukan semua orang boleh buat macam itu. Ia content yang bagus.

Vida membuat teguran secara terbuka untuk Caprice.

Vida mohon maaf jika teguran gores hati Caprice.

"Tapi kalau content yang macam seolah-olah mengaibkan orang lain, kesedaran jadi mengaibkan. Saya rasa terpanggil nak beritahu cukup-cukuplah buat, perkongsian begitu," ujarnya.

Vida bagaimanapun menjelaskan tujuannya membuat luahan di media sosial adalah kerana menganggap pendekatan ini lebih berkesan berbanding memberikan mesej secara peribadi kepada penyanyi tersebut.

Usahawan itu juga memohon maaf sekiranya nasihat yang diberikan ini menggores perasaan Carprice.

"Mengapa saya tak DM saja? Saya rasa DM itu tidak berkesan melainkan saya cakap secara terus begini (video).

"Saya beri nasihat ini sebenarnya saya takut bila Tuhan uji kita, dia balikkan hati kita itu sekejap sahaja.

"Kalau terasa saya mohon maaf banyak-banyak tapi kalau saya tak luahkan saya rasa sangat terbeban. Saya dapat bisikan hati selepas saya solat subuh, mengaji dan solat istikharah," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain