suria

[V] Keith Foo suka dengar ceramah agama di YouTube, Riena Diana tak mahu bagi tekanan

SERING menerima persoalan netizen mengenai perbezaan agama, pelakon Riena Diana bagaimanapun enggan terlalu memberikan tekanan kepada kekasihya iaitu Keith Foo untuk mendalami Islam.

Dalam hal ini, Riena, 27, percaya hidayah itu datang daripada Allah SWT dan biarlah Keith sendiri terbuka hati untuk mendekatkan diri dengan Islam.

"Saya dan Keith tiada bercakap sangat soal agama sebab kami berdua tahu kami berbeza agama.

NP-224

Riena dan Keith seronok kenali hati budi masing-masing.

"Dari kecil Keith dah kawan dengan orang Melayu, jadi perkara asas tentang Islam dia memang dah tahu.

"Malah dia (Keith) ada keinginan sendiri untuk belajar, bagi saya nak cari ilmu agama ini tak perlu dibuat-buat, ia bergantung pada individu itu sendiri kerana hidayah daripada Allah," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Riena memberitahu Keith sudah biasa membesar bersama persekitaran orang Melayu dan faham asas agama Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah jumpa pasangan serasi, Keith Foo ada rancangan kahwin Riena Diana

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan makin mesra, Keith Foo hantar Riena Diana ke masjid tunai solat raya

Bagaimanapun, Riena berpendapat isu agama ini terlalu sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.

"Untuk netizen jika nak kecam bab agama ke apa... kita tak sesuai untuk bercakap fasal perkara itu, sebab mungkin dia (Keith) lebih bagus daripada kita.

"Mungkin dia sendiri nak masuk Islam sebab kebanyakkan keluarga dia mualaf dan agama Islam pun bukan benda asing bagi dia dan keluarganya,” jelasnya.

NP-223

Keith ada inisiatif sendiri dalami Islam.

Sementara itu, Rina mendedahkan Keith turut mempunyai inisiatif sendiri mendalami Islam antaranya dengan mendengar ceramah agama dan bersedekah.

"Sebagai contoh, dia dalam fasa suka mendengar ceramah agama, tetapi dia sebut khutbah.

"Keith selalu cakap dia dengar ceramah agama di YouTube.

"Baru-baru ini sambut Maulidur Rasul, dia mesej saya ajak bersedekah di masjid, jadi Keith memang ada inisiatif sendiri bila bab mendalami agama Islam," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain