suria

Tahniah! Rita Rudaini terima anugerah ‘Ibu Ikon’, banyak bagi inspirasi kepada wanita

Rita bersyukur menerima Anugerah Ibu Ikon 2024/2025.

USAHA dan pengorbanan Rita Rudaini membesarkan anak-anak seorang diri terbalas apabila dia diangkat sebagai penerima anugerah Ibu Ikon sempena majlis Anugerah Wanita Ikon 2024/2025.

Bersyukur dengan pengiktirafan diterima, Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, berharap kisah kehidupan itu dapat memberi inspirasi kepada semua insan bergelar wanita.

"Terima kasih Ikon Malaysia untuk Anugerah Ibu Ikon 2024/2025 sempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.

Copy of Untitled - 2024-09-23T142035.477

Rita berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram

"Saya akan terus memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin.

Berserta kapsyen tersebut, Rita turut berkongsi video dia menerima anugerah semasa majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Rita yakin setiap wanita di luar sana juga adalah ikon kerana mereka mempunyai kekuatan dan kehebatan tersendiri dalam mendidik anak-anak.

"Kita semua wanita kuat, kita semua adalah ikon! Tidak mudah walaupun ada di antara kita berlainan latar belakang, ujian dan rasa itu tetap sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah terlalu lama tidak berjumpa, Rita Rudaini tiada masa hasut anak benci Aidil - “Jasa bapa dia cuma bagi benih saja!

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini luah rasa bangga, anak sulung pecah 2 rekod Kejohanan Olahraga MSSD

"Percayalah di sebalik ujian itu ada ‘hadiah’ manis yg ALLAH beri kan iaitu ‘anak’. Jagalah, sayangilah dan didik lah mereka kerana Allah," ujarnya.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan pada 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15 danAirit Qaqa Arjuna 13 tahun.

Bagaimanapun, ikatan perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada September 2013.

Copy of Untitled - 2024-09-23T141914.983

Rita menjaga kedua-dua anaknya seorang selepas becerai.

Majlis Anugerah Wanita Ikon 2024/2025 telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), Kuala Lumpur pada Ahad.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Anugerah ini diperkenalkan bagi memartabatkan wanita dalam pencapaian mereka merangkumi kerjaya, keluarga dan masyarakat.

Turut hadir ke majlis berkenaan iaitu Tengku Permaisuri Selangor iaitu Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain