SELEPAS tampil berhijab, pelakon Neera Azizi lebih memilih dalam menerima tawaran berlakon kerana mahu menjaga batas. Kata Neera atau Nurazneera Azizi, 26, meskipun ramai dalam kalangan produser memberi peluang namun terpaksa menolak lantaran watak yang tidak sesuai. "Ramai produser mungkin tak tahu saya sudah berhijab. Bila banyak tawaran yang datang, watak diberikan selalunya antagonis dan sata terpaksa tolak kerana mahu menjaga batas. Mungkin ini adalah ujian selepas berhijrah. Neera masih terbuka untuk terima tawaran berlakon. "Setiap kali dapat tawaran saya akan baca skrip dahulu, kebanyakannya ada adegan bersentuhan dan clubbing. Selepas berhijab saya tidak boleh buat semua itu lagi. "Saya tiada masalah untuk watak antagonis, cuma tidak yang keterlaluan dan perlu jaga batasan," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Neera Azizi bukan penyebab Nafiez Zaidi berpisah, tak mahu ada masalah dengan Fify Azmi ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun peluk Islam, suami Lana Nodin tunjuk banyak perubahan... Jaga solat dan mampu didik anak ilmu agama Dalam masa sama pelakon ini juga terus mengembangkan kerjaya seni sebagai penyampai radio stesen Rakita dan mula bersiaran untuk segmen Zon Lit sejak 9 September lalu. Bagi Neera permulaan ini juga merupakan satu langkah baik selepas ini berniat untuk memperlahankan dunia lakonan. "Bukannya saya berhenti berlakon, tetapi perlahankan seketika selepas berhijab. Saya mencuba bidang baru untuk luaskan kerjaya seni ini. Saya tiada masalah untuk watak antagonis, cuma tidak yang keterlaluan dan perlu jaga batasan NEERA AZIZI PELAKON/PENYAMPAI RADIO "Saya terima tawaran sebagai penyampai radio juga bukan sebab tak laku berlakon. Tak salah mencuba perkara baru. Mungkin saya boleh pergi lebih jauh dalam bidang ini," ujarnya. Bercakap lanjut, Neera juga menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dia menggunakan jalan pintas untuk berkhidmat sebagai seorang penyampai. Neera kembangkan kerjaya seni sebagai penyampai radio. Sebagai bakat baharu dalam dunia penyiaran radio, kemunculannya dapat diterima baik dalam kalangan pendengar. "Dalam minggu pertama bersiaran ada yang kata saya guna 'kabel'. Sebanarnya saya lalui proses uji bakat dan mula menjalani latihan sejak Ogos lalu. "Saya masih belajar dalam bidang ini dan banyak yang perlu diperbaiki," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!