TAMPIL dengan persembahan memukau sehingga bergelar juara mingguan melayakkan penyanyi Shila Amzah bersaing di pentas akhir program Singing With Legends di China. Berkongsi berita gembira itu di Instagram, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, turut meluahkan rasa syukur kerana usaha dan komitmen ditunjukkan akhirnya membuahkan hasil. "Alhamdulillah, kita juara minggu ini yang melayakkan kita terus ke peringkat akhir," katanya. Shila berkongsi video persembahannya menerusi hantaran di Instagram. Bersama kaspyen tersebut, Shila turut berkongsi video persembahannya menyanyikan lagu Bring me To Life nyanyian Evanescence. Bukan itu sahaja, pelantun lagu Patah Seribu itu turut mencabar diri menyanyikan lagu bahasa Mandarin berjudul Ning Meng Cao De Wei Dao bersama penyanyi asal China iaitu Julia Peng Jia Hui. Mengulas berkenaan persembahan pada malam berkenaan, Shila mengakui bangga dengan kemampuannya mendendangkan lagu di luar zon selesa. ARTIKEL BERKAITAN: Memori lama tapi semangat baharu, Shila Amzah buat ‘comeback’ selepas 10 tahun tak bertanding di China ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah kembali ke China, sertai pertandingan ‘Singing With Legends’ "Saya suka dua-dua persembahan sebab gembira sangat dapat nyanyi genre yang berbeza kali ini," ujarnya. Pada awal September lalu, Shila mengumumkan dia bakal bertanding dalam sebuah program televisyen di China iaitu Singing With Legends musim keenam. Shila menyertai program Singing The Legends pada awal September lalu. Singing With Legends merupakan sebuah program pertandingan nyanyian yang mengetengahkan gandingan penyanyi legenda bersama bakat muda di atas pentas sama. Sementara itu program ini merupakan penyertaan Shila yang ketiga di negara tembok besar itu. Pada tahun 2012 Shila pernah menjuari program Asian Wave. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!