suria

Sejak usia 17 tahun sibuk kerja, sekarang Ismail Izzani lebih banyak luang masa bersama keluarga

Ismail banyak luangkan masa dengan keluarga sejak dua tahun lalu.

DUA tahun memperlahankan kerjaya seni, penyanyi Ismail Izzani memberitahu dia banyak meluangkan masa bersama keluarga.

Memulakan karier sejak usia 17 tahun, Ismail atau Ismail Izzani Zainal Nazeri, 24, berkata sebelum ini masa untuk bersama keluarga agak terhad kerana terlalu sibuk bekerja.

“Jadi dua tahun saya berehat ni memang seronok bila dapat luangkan banyak masa bersama keluarga terutama ibu saya.

NP-227

Ismail banyak luangkan masa bersama keluarga.

“Sebab saya masa umur 17 tahun pun dah duduk serta kerja sendiri, dan pada masa itu memang rindu juga pada keluarga.

“Saya sedar sekarang adalah masa saya luang masa dengan keluarga,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ismail berkata kehadiran anak buah pertamanya yang kini berusia tiga tahun sedikit sebanyak membuatkan hidupnya lebih bahagia dan meriah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani kemalangan ketika tunggang motosikal berkuasa tinggi, hanya alami cedera ringan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ismail Izzani tak kuasa pertahan diri, tindakan undang-undang menanti pemfitnah isu hamilkan wanita

“Saya dah ada anak buah sendiri, sekarang dia berusia tiga tahun.

“Seronok juga bila ada ‘little star’ dalam keluarga, sebab saya ada keluarga yang kecil,” ujarnya.

Menyentuh mengenai perkembangan industri muzik, Ismail turut berkongsi pandangannya mengenai tindakan segelintir artis yang menggunakan teknologi Artificial Intelligence atau AI dalam karya mereka.

NP-226

Ismail tak suka hasilkan karya seni guna AI.

Kata Ismail, meskipun teknologi itu memudahkan namun tindakan terlalu bergantung kepada kemodenan hanya merugikan mereka.

"Susah nak cakap sebab AI ini satu perkara yang menakutkan, bukan setakat lagu malah gambar atau apa sahaja boleh dibuat berdasarkan teknologi tersebut, jadi ia agak merbahaya.

“Bila bercakap tentang AI dalam muzik, sangat merugikan kalau seseorang itu buat karya mereka guna AI.

“Sebab idea untuk buat sebuah lagu bukan mudah dan ia ambil masa, walaupun cara lama itu mencabar tapi itulah yang seronok bila kita berkarya,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain