SELEPAS sah bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof, personaliti media sosial iaitu Ira Kazar memberitahu dia kini bahagia menjalani kehidupan seperti biasa. Kata Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, dia melakukan beberapa reviu di media sosial termasuklah menerima tawaran menjadi seorang penyanyi. "Ketika ini saya ada juga ambil ‘job’ sikit-sikit, pergi set penggambaran untuk modeling dan ambil reviu. Ira kini bahagia menjalani kehidupan seperti biasa. "Tawaran berlakon tiada tapi tawaran untuk menyanyi itu adalah. Insya-Allah, mungkin (ada rezeki keluarkan single)," katanya kepada mStar. Ira berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada Rabu. Ketika ditanya mengenai komen netizen memuji dirinya semakin cantik setelah kembali solo, Ira hanya tersenyum sambil menitipkan ucapan terima kasih. ARTIKEL BERKAITAN: Ira Kazar tuntut Syamsul RM3,000 tapi dapat RM200 saja ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wujud pelanggaran taklik sebanyak 5 kali, Syamsul dan Ira Kazar sah cerai talak satu "Betulkah saya makin cantik? Saya tiada komen mengenai itu. Cuma, terima kasih atas komen tersebut. Alhamdulillah," ujarnya. Syamsul dan Ira sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September lalu. Ini selepas mahkamah mengesahkan berlakunya pelanggaran taklik sebanyak lima kali oleh Ira sejak 14 Ogos lalu. Ira tidak menolak rezeki yang diberi selepas bercerai. Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand dan pasangan itu dilaporkan mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari 2023. Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!