ANAK kepada pelakon Shakilla Kohoriri iaitu Ameena Sofia dimasukkan ke hospital akibat deman panas berpanjangan pada Khamis. Tiada selera makan berhari-hari, Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri mengambil keputusan membawa Ameena ke hospital selepas melihat keadaanya yang tidak bermaya. "Selepas seminggu demam, antibiotik pun tak jalan sampai berdarah hidung, tak makan dan minum untuk beberapa hari. Akhirnya kita ke sini. Shakilla berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory. "Petang tengok Ameena makin lemah kemudian kita ambil keputusan bawa Ameena pergi hospital. "2 pagi tadi baru selesai dan baru dapat tidur. Berhimpit berdua atas katil," katanya. Shakilla berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri terharu anak sedang cuti sekolah tawar diri bantu berniaga, doa murah rezeki dapat bahagiakan Ameena ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Shakilla Khoriri kembali bergelar isteri, selamat disatukan dalam majlis tertutup Dalam pada itu, Shakilla bercerita dia melalui hari yang sukar dan melelahkan kerana menguruskan anaknya. Shakilla bagaimanapun meluahkan rasa syukur dengan kehadiran suami yang banyak membantu meringankan bebannya. "Umi yang rasa berpinar. Semalam subuh dah bangun hantar Ameena sekolah, terus ke kedai sampai petang dengan staff semua tak datang sebab sakit. Shakilla bersukur kehadiran suami banyak membantu meringkan bebannya. "Dalam orang lain sedap tidur, Umi bersusah payah menguruskan itu dan ini untuk awak. "Beruntung kita ada uncle Fariz yang selalu tolong Umi selesaikan banyak benda," jelasnya. Ameena merupakan anak dari hasil perkahwinan Shakilla Bersama penyampai radio Fizi Ali pada Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021. Shakilla kemudiannya bertemu jodoh dengan Fariz pada 24 Februari 2024. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!