suria

Orang Korea Selatan terpegun kecantikan Siti Saleha, jadi bualan di laman popular Naver

Kehadiran Saleha mencuri perhatian media di Korea Selatan.

KEHADIRAN pelakon Siti Saleha di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 pada Rabu mencuri perhatian netizen Korea Selatan.

Mana tidaknya, Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum, 34, dikatakan kelihatan anggun mengenakan gaun labuh berwarna kuning dengan dandanan rambut kemas.

Bukan itu sahaja, solekan tipis pada wajah Saleha turut menyerlahkan lagi kecantikkan semula jadinya.

Copy of Untitled - 2024-09-26T124832.641

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna di aplikasi X.

Malah ada yang menyamakan penampilan Saleha seperti karakter Disney Beauty And The Beast iaitu Belle.

Menurut seorang pengguna aplikasi X, Saleha menjadi tumpuan media Korea Selatan sehingga beberapa artikel mengenainya tular di laman Naver.

"Pelakon Malaysia Siti Saleha mempunyai artikel yang tular di Naver! Semua puji busana dan kecantikkan dia di SDA," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saleha menang anugerah ‘Bintang Asia Terbaik’ di Korea Selatan

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saleha jarang buat ‘live’ media sosial, tak mahu lokasi diketahui... Bimbang ada penonton berniat jahat

Berdasarkan tinjauan mStar, rata-rata artikel ditulis tidak hanya memuji penampilan Saleha bahkan ada yang terpesona melihat keramahan pelakon itu melayan peminat ketika acara karpet merah.

Sikap mesra yang ditunjukkan Seleha saat melambai dan mempamerkan beberapa gaya dihadapan kamera turut menerima reaksi positif media di negara berkenaan.

Naver ialah laman web yang popular di Korea Selatan dan mempunyai sistem enjin carian tersendiri seperti Google, Yahoo dan sebagainya.

saleha2 - 1

Saleha berjaya meraih anugerah Bintang Asia Terbaik.

Sementara itu, netizen Malaysia pula meluahkan rasa bangga melihat pujian yang diberikan netizen Korea Selatan terhadap Saleha.

Sebelum ini, Saleha mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai pemenang Bintang Asia Terbaik di anugerah tersebut.

Saleha dicalonkan dalam kategori berkenaan menerusi drama berjdul SeOfis yang disiarkan di platform digital Tonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain