suria

Dituduh menyamar sebagai diri sendiri, akaun TikTok Zahirah Macwilson digantung

Zahirah didakwa menyamar menjadi punca akaun TikToknya digantung.

AKAUN TikTok pelakon Zahirah Macwilson digantung apabila didakwa melanggar garis panduan komuniti aplikasi berkenaan.

Zahirah atau Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, berkata, alasan akaunnya digantung kerana dia dikatakan menyamar sebagai dirinya sendiri.

"Jadi mereka (TikTok) gantung akaun saya kerana menyamar sebagai 'Zahirah Macwilson'," katanya.

size NP 1 - 2024-09-26T193646.027

Akaun TikTok Zahirah digantung.

Zahirah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada petang Khamis.

Dalam pada itu, aktres itu sudah cuba mendapatkan kembali akaun berkenaan dengan melakukan rayuan dan aduan namun tidak berjaya.

Gara-gara itu, Zahirah kehilangan akaun TikTok yang mempunyai lebih 300,00 pengikut yang aktif.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah Macwilson timang bayi perempuan, pilih nama Inara Raisa

ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah Macwilson kongsi video keluarkan pam susu dari baju, para ibu rasa malu - “Dia buat kita pula segan”

Bercerita lanjut, Zahirah berkata dia kembali menggunakan akaun TikTok lamanya yang kali terakhir video dimuat naik adalah pada Disember 2018.

"Saya kembali pada akaun lama! Follow saya di @zahirahmacwilson_," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain