MEMBACA kemelut rumah tangga dalam kalangan selebriti membuatkan pelakon Datin Elvina Mohamad berasa bimbang jika suatu hari dia turut berdepan perkara serupa. Mengambil iktibar atas kisah yang berlaku, Elvina atau Norzalina Mohamad, 29, sentiasa berdoa agar rumah tangga dibina bersama suami, Datuk Mohd Haniff Borhan sentiasa bahagia dan dijauhkan dengan dugaan. "Bila melihat isu sebegini saya juga tertanya-tanya kenapa ramai nak berpisah? Ada juga rasa takut dalam diri saya tetapi itu dugaan mereka. "Saya pun tak boleh nak cakap saya terlalu bahagia sebab kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa depan. Elvina doa rumah tangga terus bahagia. "Saya sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada perkara sebegitu dan berharap jodoh saya dan suami dipanjangkan sehingga ke akhir hayat," katanya kepada mStar. Elvina berkongsi perkara itu ketika majlis tayangan perdana drama terbaharu lakonannya berjudul Ternyata Sebuah Bahagia yang sedang bersiaran di Astro Ria sejak 23 September lalu. Menerusi drama tersebut, Elvina membawa watak sebagai Rhea iaitu isteri kedua kepada Datuk Zamani lakonan Zamarul Hisham. Menyifatkan watak tersebut mempunyai cabaran tersendiri namun Elvina berkata, drama 40 episod itu cukup sarat dengan debaran selain pengajaran. ARTIKEL BERKAITAN: Tak semua suka kisah bahagia... Elvina Mohamad kurang kongsi hal peribadi, elak kecaman terhadap keluarga ARTIKEL BERKAITAN: Elvina Mohamad masih trauma dengan pembantu rumah... Bibik baharu pula kantoi ambil botol anak guna kaki "Dalam drama ini saya bukan penyondol tetapi seorang wanita licik yang dilamar menjadi madu oleh isteri pertama dan pelbagai taktik digunakan bagi memperdaya madunya. "Kisah sebegini banyak berlaku dalam kehidupan seharian dan apa bole hsaya katakan, jangan jadi seperti keluarga dalam Ternyata Sebuah Bahagia ini. Penuh 'drama' dan masalah," ujarnya. Bercerita lanjut mengenai projek itu, Elvina berkata, penggambaran yang panjang membuatkan dia terpaksa bijak membahagikan masa bersama suami dan anak-anak. Kata Elvina, dia akan memastikan keperluan mereka diselesaikan sebelum ke lokasi penggambaran selain membuat panggilan video kepada anak-anak agar mereka tidak berasa terabai. Barisan pelakon Ternyata Sebuah Bahagia. "Sebelum masuk set penggambaran saya memang minta cuti sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu sebab ingin meluangkan masa bersama suami dan anak-anak. "Ketika di lokasi pula saya memang sering membuat panggilan video dengan anak-anak di rumah. Ini pengorbanan terpaksa dilakukan apabila saya setuju terlibat dalam projek besar. "Selepas tamat penggambaran saya akan ambil cuti selama sebulan untuk memberi fokus kepada keluarga," jelasnya. Untuk rekod, Elvina dan Haniff pada 18 Mac 2018 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!