suria

Capai penyelesaian secara baik, kes mahkamah di antara Sarah Yasmine dan Aliff Aziz selesai 

Sarah bersyukur pertikaian dengan Aliff selesai secara baik.

WANITA yang pernah mengaku sebagai kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine meluahkan rasa syukur apabila pertikaian di antara mereka diselesaikan secara baik.

Sarah, 24, berkata, dia dan Aliff berjaya mencapai kata sepakat untuk berdamai melalui mediasi di Mahkamah Singapura.

"Seperti yang diketahui, saya dan Aliff telah terlibat dalam perbalahan undang-undang sejak April 2024, berhubung permohonan mendapatkan perintah perlindungan terhadap saya.

Copy of Untitled - 2024-09-27T104421.493

Sarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Saya gembira memaklumkan kami telah mencapai penyelesaian secara baik bagi pertikaian kami melalui mediasi di Kluster Penyelesaian Pertikaian Mahkamah Negeri.

"Kami bersetuju untuk meletakkan perbezaan kami di belakang dan ia dimuktamadkan dengan baik," katanya.

Sarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada malam Khamis.

Sementara itu, Aliff pula menjelaskan dia tidak pernah menarik balik kes tersebut sebaliknya mahkamah mengeluarkan perintah akhir mahkamah atau final court order terhadap pihak Sarah.

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah dah diam, rupanya Sarah Yasmine dapat notis mahkamah... Tak boleh komen berkaitan Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk fikir orang lain sampai hilang selera makan, Sarah Yasmine kini fokus diri sendiri

Jelasnya, perintah itu adalah berdasarkan permohonan yang dibuat sebelum ini dan telah disahkan oleh mahkamah.

"Saya ingin nyatakan memang kes ini telah selesai tetapi ia selesai dengan mahkamah telah memutuskan final court order terhadap pihak sana.

"Ini bermakna bahawa perintah mahkamah awal yang telah diberikan berdasarkan permohonan saya akhirnya telah disahkan.

"Jadi kekeliruan tentang penarikan semula kes ini oleh saya adalah sama sekali tidak benar," jelasnya.

Copy of Untitled - 2024-09-27T104458.078

Aliff berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Aliff berharap tidak timbul kekeliruan mengenai perkara itu selepas ini.

"Saya harap tiada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan fakta kesimpulan kes ini," ujarnya.

Sebelum ini, Sarah memeberitahu dia menerima notis mahkamah di Singapura untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan Aliff.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain