suria

Isteri hamil selepas alami keguguran, Isa Isarb enggan ulang kesilapan lalu 

Isa memilih untuk merahsiakan kehamilan isterinya.

SELEPAS empat bulan mengalami keguguran, personaliti media sosial Isa Isarb berkongsi khabar gembira isterinya kembali hamil.

Isa atau Isa Batharul Zaman, 26, berita kehamilan isterinya iaitu Lisa Nosra memberi sinar baharu dalam hidup mereka.

"Kehamilan isteri saya ni buat saya kembali bermotivasi, dia bagaikan cahaya baru dalam kehidupan saya," katanya," katanya.

Copy of Untitled - 2024-09-27T150235.143

Isteri Isa sebelum ini pernah mengalami keguguran.

Isa berkongsi perkara itu menerusi hantaran perkongsian video di YouTube miliknya pada Khamis.

Enggan mengulang semua kesilapan lalu, Isa memilih untuk merahsiakan dahulu berita kehamilan kali ini.

Justeru itu, dia mengambil pendekatan untuk tidak membenarkan isterinya terlibat dalam sebarang penggambaran video.

"Kalau korang perasan dalam video saya tiada isteri saya, supaya berita kehamilan isteri saya dirahsiakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Silap terlalu awal kongsi berita hamil, Isa Isarb sedih isteri keguguran

ARTIKEL BERKAITAN: “Baby Emon is on the way” - Syasya umum hamil anak sulung

"Saya ada dengar mengenai penyakit ain dan sebagainya. Jadi, saya tak nak ulang balik kesilapan lalu," jelasnya.

Sebelum ini Isa mendedahakan impiannya untuk bergelar bapa tidak kesampaian selepas Lisa mengalami keguguran.

Jelasnya, dia mengakui kekhilafannya berkongsi berita tersebut terlalu dek begitu teruja.

Untuk rekod, Isa dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 9 Mac lalu selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain