suria

Sophia Albarakbah puji komitmen Alif Satar, jaga batas di lokasi penggambaran ‘Reeza GTR’

Sophia dan Alif mudah cipta keserasian di lokasi.

PERTAMA kali digandingkan bersama, pelakon Sophia Albarakbah tiada masalah mencipta keserasian bersama aktor Alif Satar dalam filem Reeza GTR.

Sophia, 31, berkata, Alif bukan sahaja berbakat besar malah cukup komited dalam menjayakan setiap babak bersama.

"Dia (Alif) seorang yang berbakat... Apabila berlakon dengan seorang pelakon hebat tak susah untuk cipta keserasian. Ia datang sendiri.

sophia 2

Alif (kiri) dan Sophia dalam filem Reeza GTR.

"Seronok bekerja dengan Alif dan dia seorang profesional. Tak perlu ‘try hard’ untuk buat sesuatu," katanya kepada mStar.

Sophia berkongsi perkara itu ketika majlis tayangan perdana filem berkenaan yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Dalam pada itu, Sophia memberitahu walaupun berlakon sebagai pasangan bercinta namun mereka sangat menjaga batas supaya tidak timbul sebarang isu di kemudian hari.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak henti kena buli di media sosial, Sophia Albarakbah cuba kuatkan diri demi kerjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Sophia Albarakbah rasa diri tak cukup sempurna, punca kekasih sanggup curang

Malah kata Sophia, jika tiada sebarang babak bersama mereka akan membuat hal masing-masing dan profesional ketika penggambaran.

"Suami orang atau tidak batas ketika berlakon kena jaga sebab dia lelaki... Apa kami buat hanya untuk menjayakan watak. Di luar set kami buat hal masing-masing.

“Saya tidak rasa penonton akan marah apabila menonton filem ini nanti. Babak kami adalah percintaan yang ‘cute’ dan bukannya aksi buat orang marah," ujarnya.

Apabila berlakon dengan seorang pelakon hebat tak susah untuk cipta keserasian

SOPHIA ALBARAKBAH

PELAKON

Dalam masa sama, Sophia juga menganggap penglibatan dalam filem arahan Dr. Ahmad Idham ini sebagai satu batu loncatan mencuba lebih banyak watak aksi di masa akan datang.

Malah dia tidak mahu dianggap hanya mampu melakonkan watak tertentu disebabkan wajah dan keperibadian lemah lembut.

"Ini adalah batu loncatan untuk saya keluar dari zon selesa. Produser akan nampak perubahan dalam lakonan saya.

sophia 3

Sophia mahu cuba lebih banyak watak aksi.

“Mungkin selepas ini saya boleh mencuba watak aksi sepenuhnya dalam filem," jelasnya.

Selain Sophia dan Alif, filem ini turut dibintangi oleh Noki K-Clique, Ropie, Yassin, Nelissa Nizam, dan Niezam Zaidi.

Reeza GTR bakal menemui penonton di pawagam di seluruh Malaysia pada 17 Oktober 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain