DIDAKWA mengetepikan ibu sendiri mengenai berita kematian bayi sulungnya, anak kepada pelakon Abby Abadi iaitu Marissa Danial tampil menjawab salah faham mengenai perkara tersebut. Jelas Marissa, 19, bukan niatnya membelakangkan ibu sendiri namun suaminya iaitu Ahmad Aslam lebih selesa berkomunikasi dengan bapanya, aktor Norman Hakim. Malah kata Marissa, dia tidak pernah bermasam muka dengan Abby malah sentiasa cuba menjaga hubungan baik dengan ibunya. Aslam (kiri) lebih selesa berkongsi masalah bersama bapa mentua. “Aslam lebih rapat dengan papa (Norman) malah perkara itu dia hanya maklumkan kepada papa. “Malah dengan mummy (Memey) pun dia tak beritahu sebab lebih selesa bercakap dengan lelaki... Itu sahaja sebabnya. “Saya tidak bermaksud ketepikan mama (Abby) dan akhirnya mama dapat tahu juga. Hubungan kami okay sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Luahan Abby Abadi sentuh hati orang ramai, Marissa tinggal komen minta balas WhatsApp ARTIKEL BERKAITAN: Mengalir air mata netizen tengok Abby Abadi peluk Marissa, terubat rindu jumpa anak “Mengenai isu keluarga, adalah sebabnya dan sebenarnya tiada apa-apa pun,” katanya kepada mStar. Marissa berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa program Zumba Bersama Abby Abadi anjuran Inayah Beauty di The iSpace, Petaling Jaya pada pagi Sabtu. Dalam pada itu, Marissa menjelaskan dia hanya bergurau apabila meninggalkan komen di media sosial meminta Abby membalas WhatsApp yang dihantar. Hubungan kami okay sahaja MARISSA DANIA “Memang saya nak menghubungi mama, tetapi niat saya ketika itu hanyalah untuk bergurau,” katanya. Sementara itu, berkongsi keadaannya yang baru kehilangan bayi sulung bulan lalu, Marissa berkata dia dan suami reda dengan dugaan itu walaupun sedih. Jelas Marissa, dia percaya apa yang berlaku adalah ketentuan Allah dan belum rezeki dia dan Aslam menimang cahaya mata. Marissa dan Abby jelaskan hubungan mereka dalam keadaan baik. “Tentulah kami sedih kerana kehilangan anak tapi kena kuatlah. “Saya dan suami okay. Kami bersama-sama harungi dugaan ini dan anggap dah tak ada rezeki, jadi nak buat macam mana?” katanya. Sebelum ini, Marissa yang juga isteri kedua Aslam dikatakan mengadu sakit perut sebelum dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan. Abby dan Marissa ketika hadir di acara pelancaran produk Berryfull. Bagaimanapun, permata hati sulung mereka meninggal dunia ketika dilahirkan dan selamat dikebumikan sehari kemudian. Marissa dan Aslam bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama lelaki terbabit iaitu Umisya Mazlan. Dalam perkembangan lain, program Zumba bersama Abby turut diserikan dengan kehadiran selebriti seperti Bella Astillah, Puteri Sarah Liyana dan Nora Danish. Program itu juga diadakan bagi mengumumkan Abby sebagai duta produk Berryfull Honey Lemon iaitu sejenis minuman detox. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!