PELAKON Datin Seri Zizie Izette memuji kegigihan adiknya iaitu aktor Shaheizy Sam kerana sanggup menaikkan berat badan semata-mata bagi memenuhi tuntutan kerja. Mendedahkan mengenai penampilan terbaharu Sam, Zizie atau Zizie Izette Abdul Samad, 44, berkata aktor itu sedang menjalani penggambaran sebuah filem yang menuntutnya untuk menaikkan berat badan. Kata Zizie, dia mengagumi dedikasi yang ditunjukkan oleh adiknya itu dan yakin bahawa aktor berkenaan dapat menurunkan berat badan semula selepas menyelesaikan komitmen yang diberikan. Zizie memuji kegigihan Sam dalam memainkan watak lakonan filem terbaharunya. "Ramai yang melihat transformasi Sam betul tak? Ia adalah untuk watak terbaharu dalam filem lakonannya di mana dia menambah berat badan. "Dia (Sam) sangat komited dengan watak yang diberikan, jadi saya yakin dia akan berjaya menurunkan berat badan selepas tamat penggambaran filem tersebut. "Dedikasi yang ditunjukkan oleh Sam sangat mengagumkan," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kontroversi filem ‘La Luna’, Shaheizy Sam dah tanya ustaz di Makkah ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam disamakan dengan Christian Bale... Timbul idea bantu orang ramai kurangkan berat badan Zizie berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Dalam perkongsian yang dibuat, Zizie turut memuat naik foto terkini Sam yang dilihat sedang duduk di atas kerusi dengan penampilannya yang semakin berisi. Sementara itu, isteri Sam iaitu pelakon Syatilla Melvin sebelum ini turut memuat naik sebuah video gurauan yang membandingkan tubuh sasa pelakon tersebut dengan penampilan terkini. Menerusi perkongsian video itu, Sam menunjukkan foto tubuhnya yang sasa berbeza dengan keadaan badannya yang kini agak gempal. Aksi selamba Sam itu mengundang gelak isterinya itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!