suria

[V] Ramai cuba dekat selepas berhijab tapi Nora Danish mahu fokus baiki diri

PELAKON Nora Danish masih belum terbuka untuk mencari teman hidup baharu selepas bercerai dengan Nedim Nazri pada 19 Jun lalu.

Mengakui ramai cuba mendekati terutamanya selepas mengenakan hijab, Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata, dia ketika ini hanya mahu memberikan fokus sepenuhnya untuk kehidupannya selain mendekatkan diri kepada Allah.

“Sejak saya pakai hijab, ramai pula (yang mendekati). Buat masa sekarang saya tidak fikir lagi (untuk bersama seseorang) sebab baru sahaja (bercerai). Kawan-kawan ada yang cuba untuk mendekati, tapi saya kata bukan sekarang.

Nora

Nora belum terbuka cari teman hidup baharu.

“Saya sekarang ini hanya mahu teruskan fasa memperbaiki diri sendiri. Saya kena berusaha banyak lagi sebab baru sahaja (berhijrah). Saya mahu fokus kepada Allah sahaja,” katanya kepada mStar.

Nora ditemui semasa program Zumba bersama Abby Abadi yang dianjurkan oleh produk kesihatan Inayah Beauty.

Dalam masa sama, Nora juga meluahkan rasa syukur apabila pihak produksi menghormati permintaannya untuk menjaga batas dalam lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish ajak ‘follower’ hafal surah al-Mulk, dipuji guna media sosial sebar kebaikan

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish ada sebab berhijab jaga Nedim di hospital, tak berhak kongsi penyakit bekas suami - “Itu urusan peribadinya”

“Buat masa sekarang ini, dari segi lakonan memang produksi bagi saya tawaran yang bagus seperti tidak pegang tangan dan juga berhijab.

“Sangat seronok bila macam itu (jaga batas). Apabila berlakon tidak sentuh ini, perasaan dia sangat lain. Terasa yang diri sangat mahal dan rasa harga diri meningkat,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, program Zumba bersama Abby turut diserikan dengan kehadiran selebriti seperti Bella Astillah, Puteri Sarah Liyana dan Fasha Sandha.

Program itu juga diadakan bagi mengumumkan Abby sebagai duta produk Berryfull Honey Lemon iaitu sejenis minuman detox.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain