suria

[V] Elly Mazlein pilih bahagia, tapi jangan cuba ‘jentik’ kesabarannya

PELBAGAI persepsi timbul selepas pengacara dan penyanyi Elly Mazlein bangkit bersuara mempertahankan diri sehingga ada yang menganggap ia berlebihan dan sengaja mahu mencari perhatian.

Bagi Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, setiap individu ada pandangan tersendiri dan dia enggan ambil pusing jika ada kurang senang dengan kenyataannya sebelum ini.

"Ikut suka kalau ada yang anggap begitu. Yang penting saya gembira. Saya mahu sentiasa terus berkasih sayang," katanya kepada mStar.

elly mazlein 2

Elly tidak mahu terus berdiam jika ada yang bercakap tentang dirinya.

Elly yang juga mesra disapa Kak Lina ditemui ketika acara penutup program Duo Kepom Era yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Khamis.

Penyanyi itu sebelum ini menerusi beberapa perkongsian di Instastory miliknya meluahkan perasaan apabila ada pihak cuba mengusik serta merendah-rendahkan dirinya.

Memilih tidak lagi mahu mengulas tentang perkara itu, Elly menegaskan akan terus bersuara sekiranya ada individu lain tampil bercakap tentang dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN : ‘Meletup’ sebab dah tak tahan, dengki punca ada pihak cuba jatuhkan Elly Mazlein - “Jangan bodohkan diri kita”

ARTIKEL BERKAITAN : “Saya ada jumpa mereka berdua”... Haziq cuma buat kerja, tak campur isu Jihan Muse dan Elly Mazlein

"Jangan main-main dengan saya. Samalah seperti yang saya cakap di Instagram sebelum ini.

"Sebenarnya saya tak mahu ulas lagi. Apa yang mahu diperkatakan saya dah ulas di IG. Boleh tengok di highlight, masih ada di situ.

Jangan ada yang membunuh kita

ELLY MAZLEIN

PENYANYI/PENGACARA

“Kalau boleh saya mahu jaga hati semua orang walaupun ada yang lukakan hati saya," ujarnya.

Dalam masa sama Elly juga tidak mahu isu peribadi sebegitu menjejaskan kerjayanya.

elly 2

Elly mahu terus menghiburkan peminat dengan hasil kerja terbaik.

Puas meluahkan apa terbuku di hati, dia kini lebih fokus untuk bercerita soal perjalan pelbagai bidang seni yang diceburi.

"Jangan ada yang membunuh kita... kenapa nak masukkan isu peribadi dalam kerjaya? Kerja tetap kerja.

"Dalam hidup saya lebih suka pilih kebahagiaan dan kegembiraan. Tak nak sebut lagi fasal itu. Selepas ini saya nak cerita perkara baik tentang kerjaya," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain