suria

Iqbal minta berhenti buli Fattah dan Fazura, jangan menilai rumah tangga orang... “Ibu bapa saya kahwin 30 tahun pun cerai”

Iqbal mohon netizen tidak memberikan kecaman terhadap Fattah dan Fazura (kanan).

USAHAWAN sensasi Iqbal Zulkefli menasihatkan netizen untuk tidak lagi memperkatakan mengenai kisah rumah tangga pelakon Fattah Amin dan Fazura yang berakhir dengan penceraian.

Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 30, berkata, dia tidak berani untuk campur tangan dalam urusan rumah tangga orang lain kerana bimbang sekiranya ujian itu diberikan kepada anggota keluarganya.

Malah kata Iqbal, ibu bapanya yang sudah berkahwin selama 30 tahun juga berakhir dengan penceraian.

"Netizen sudahlah buli Fazura dan Fattah. Kita lantang seolah yakin Allah tidak uji rumah tangga sendiri.

Iqbal menasihati netizen untuk tidak lagi memperkatakan tentang penceraian Fattah dan Fazura.

Iqbal takut untuk memberi komen terhadap masalah rumah tangga individu lain.

"Apabila diuji sudah tentulah kedua-dua pihak ada khilaf, ada kekurangan, kelemahan dan sedang belajar.

"Saya paling takut menilai rumah tangga orang lain. Takut Allah 'ajar' terus di dunia. Tidak diri sendiri, mak ayah kita. Ibu dan ayah saya yang hampir 30 tahun berumah tangga, dikurniakan zuriat lapan orang pun masih juga bercerai... Kita tidak tahu bila Allah mahu uji," katanya.

Iqbal berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Iqbal turut meluahkan rasa kesal apabila ramai yang melemparkan kecaman terhadap aktres filem Gol & Gincu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Mana satu betul? Tuduhan Fazura ditangkis Fattah... Ikuti 5 topik perbalahan hangat beberapa jam selepas

Kata Iqbal, Fazura mahupun Fattah memiliki sikap keperibadian yang baik dan menyifatkan tidak seharusnya kesilapan mereka menjadi bahan kecaman ramai.

"Kalian (netizen) pun bukan tidak tahu, 20 tahun dalam industri, Fazura sangat menghormati orang, sentiasa senyum dan disayangi ramai orang.

"Sekarang apabila dia diuji, berjuta makian dilemparkan. Begitu tipisnya belas ihsan dan pendirian kita.

"Sama juga Fattah, tidak kurang baiknya. Andai benarlah ada khilafnya, janganlah sampai kita mendera kehidupan orang lain," ujarnya.

iqbal3 - 1

Iqbal bersuara kerana bimbang melihat komen-komen netizen di media sosial.

Tambah usahawan itu lagi, dia sedih melihat sikap netizen yang seakan mengenali kedua-dua figura itu dengan rapat.

Menurut Iqbal, kehidupan artis yang dilihat di media sosial tidak sama seperti dunia realiti sebenar.

"Apa yang kita kenal artis di media sosial tidak lebih 10 peratus pun kehidupan realiti. Sedih, penat, sabar orang lain, usah jadi seolah tahu semua.

"Sedih lihat netizen kita. Bukannya sedikit, berjuta komen tidak membina. Memberi komen memang santai, bukannya susah.

Iqbal takut untuk memberi komen terhadap masalah rumah tangga individu lain.

Iqbal takut untuk memberi komen terhadap masalah rumah tangga individu lain.

"Malah tidak meninggalkan kesan sedikit pun. Tapi ingat, akan ada hari kita pun melakukan kesilapan," katanya.

Untuk info, Fattah dan Fazura bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.cerai

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain