suria

Ganti pelakon lain tapi stesen TV dipersalahkan, Kodi Rasheed terkejut punca sebenar produksi gugur namanya

Kodi mendedahkan penerbit enggan bertanggungjawab dan menyalahkan pihak lain.

BAGAI memberikan harapan palsu, pelakon Kodi Rasheed kecewa apabila tawaran lakonan diterima dibatalkan tanpa pengetahuan oleh pihak produksi.

Kodi atau Mohd Zhazmeer Mohd Rasheed, 33, mendedahkan pihak produksi berkenaan juga enggan bertanggungjawab sebaliknya meletakkan kesalahan di bahu pihak stesen TV.

"Saya dah banyak kali kena, ada 10 kali rasanya. Penerbit beri tawaran berlakon dan saya pun dah setuju.

"Selepas itu, mereka tak jadi ambil. Terus senyap. Tahu-tahu dah mula pengambaran.

Copy of Untitled - 2024-10-10T134155.883

Kodi berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Salju Rindu Di Bumi Auckland.

"Bila Saya tanya apa masalahnya cuma waktu itu mereka salahkan stesen TV pula," katanya kepada mStar.

Kodi berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama bersiri Salju Rindu Di Bumi Auckland yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama pada Rabu.

Mujur dengan bantuan daripada rakan dalam syarikat penerbitan tersebut, Kodi akhirnya mengetahui situasi sebenar.

"Kebetulan saya berkawan dengan PM (pengurus produksi) jadi saya bertanyakan kepada mereka. Ada juga saya bercakap dengan pengarah drama tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dipinggirkan sebab tak handsome, Kodi Rasheed hanya mampu berlapang dada

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang dah tolak job, tiba-tiba batal... kesian suami kena game”- Almy Nadia hilang sabar orang mainkan Fizz Fairuz

"Sebenarnya saya dapat tahu perkara sebenar yang penerbit tak mahu ambil saya. Kalau tak nak, kenapa tawarkan saya dari awal," ujanya.

Sementara itu, Kodi tidak menolak kemungkinan sikap kurang bersuara menyebabkan ada menganggap dia mudah ditindas.

Kodi bagaimanapun enggan memperbesarkan hal tersebut kerana percaya rezeki itu adalah ketentuan Ilahi.

"Mungkin sebab sebelum ini saya jenis tak bersuara di laman sosial, tapi kali ini saya bersuara. Saya bukan seorang yang ‘kaki kipas’ atau pandai ambil hati sesiapa.

Copy of Untitled - 2024-10-10T134122.564

Kodi percaya rezeki itu adalah ketentuan Ilahi.

"Saya tak peduli fasal itu sebab anggap rezeki saya bukan di tangan mereka. Rezeki saya daripada Allah," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Kodi membintangi drama bersiri oringinal Tonton berjudul Salju Rindu Di Bumi Auckland yang sudah pun ditayangkan pada 16 September lalu.

Sejak tayangannya, drama ini berjaya menduduki tempat pertama di platform Tonton selama dua minggu berturut-turut sekali gus menjadikannya pilihan utama penonton.

Selain Kodi, Salju Rindu Di Bumi Auckland ini turut dibintangi oleh Riena Diana, Keith Foo, Emelda Rosemila, Nabil Aqil, dan Shamsul Ghau Ghau.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain